Malah, semasa majlis yang diadakan di Axiata Arena itu berlangsung, satu sesi bidaan telah dijalankan bagi mencari pemilik tiga edisi khas peranti Galaxy Note 9 Emas. Amat mengejutkan apabila satu daripadanya terjual dengan harga RM 40,000 manakala dua lagi dijual pada harga RM 35,000 setiap satu.
Apa yang menariknya tentang Galaxy Note 9 ini sehingga ada yang sanggup berbelanja sehingga nilai sedemikian? Mari kami kongsikan bersama anda lima perkara yang kami rasa anda perlu tahu berkenaan peranti kelas premium terbaru dari Samsung ini.
1.S-Pen kini dengan sambungan Bluetooth
S-Pen adalah perkara yang diberikan tumpuan oleh pihak Samsung dalam membangunkan model Galaxy Note 9 kali ini. Anda kini boleh menangkap gambar secara jarak jauh dengan menggunakannya.
Samsung juga telah memberi kuasa penuh kepada pembangun untuk menggunakan sepenuhnya fungsi ini dalam setiap aplikasi yang dihasilkan. Namun, sudah pasti dengan adanya fungsi Bluetooth ini, bateri S-Pen akan habis dengan lebih cepat.
Akan tetapi, anda tidak perlu risau. Dengan hanya meletakkannya kembali ke dalam peranti Note 9 selama lebih kurang satu minit, bateri S-Pen akan selesai dicas penuh dan mampu bertahan sehingga 30 minit penggunaan.
2. Bateri paling berkuasa dalam siri Galaxy Note
Dengan gaya penggunaan peranti yang semakin memerlukan penggunaan kuasa yang tinggi hari ini, kapasiti bateri yang besar adalah amat penting. Atas sebab itulah Samsung telah menyokong Galaxy Note 9 ini dengan bateri terbesar dalam siri Galaxy Note.
Baterinya yang berkapasiti sebesar 4,000 mAh didakwa dapat bertahan sehingga satu hari penggunaan dengan kadar penggunaan yang sederhana tinggi. Ia adalah termasuk di antara 'manifesto' Samsung dalam mempromosikan peranti ini.
Kehabisan bateri? Tiada masa yang banyak untuk mengecas semula? Sekali lagi, endahkan kerisauan anda. Ini kerana anda boleh mengecas peranti ini semula dengan cepat melalui fungsi pengecasan pantas, Fast Charging-nya.
3. Skrin besar tanpa rekaan takuk
Siri Galaxy Note memang dikenali dengan saiznya yang lebih besar berbanding kebanyakan siri lain di dalam keluarga Samsung. Namun dengan saiz skrin 6.4-inci kini, ia muncul sebagai peranti terbesar di kalangan siri Note.
Samsung juga mengekalkan penggunaan skrin Super AMOLED dengan resolusi Quad HD+ pada peranti ini. Ia turut digunapakai oleh model Galaxy Note 8 sebelum ini.
Malah, Samsung masih lagi kekal dengan pendirian mereka untuk tidak menggunakan rekaan takuk pada peranti yang dihasilkan. Mungkin mereka mahu menjaga nama mereka selepas memerli rekaan berkenaan yang digunakan oleh iPhone X sebelum ini.
4. Peranti yang amat berkuasa dari segi dalaman
Seperti yang kita sedia maklum, Samsung Galaxy Note 9 akan memegang hak eksklusif permainan Fortnite bagi peranti Android selama sebulan selepas dilancarkan. Secara tidak langsung, ia dapat menarik penggemar permainan video untuk mendapatkan peranti ini.
Hadir dengan cip premium Exynos 9810 atau Snapdragon 845(Amerika), pengguna akan ditawarkan dengan penggunaan yang lancar dan pantas tanpa sebarang masalah.
Turut disokong dengan cip pemprosesan grafik dengan 18 teras Mali-372, bermain permainan video seperti Fortnite pastinya menjadi lebih seronok dengan kemampuan grafik yang tinggi pada peranti ini.
5. Sistem audio terbaik dalam keluarga Galaxy Note
Mengambil contoh daripada kejayaan yang dicapai melalui perubahan sistem audio pada peranti Galaxy S9+ tempoh hari, Samsung telah membawa perubahan yang sama pada Galaxy Note 9 kali ini.
Galaxy Note 9 ini didatangkan dengan sistem audio stereo berbanding mono yang digunakan sebelum ini. Malah, pembesar suaranya pula telah ditala oleh pakar audio dunia, AKG. Bukan itu sahaja, sepasang fon telinga AKG turut tersedia di dalam kotak peranti yang dibeli.
Peranti ini juga masih lagi menggunakan bicu audio 3.5 mm, maka anda boleh menggunakan sebarang fon telinga atau kepala kegemaran anda.
Itu sahaja serba sedikit perkara yang menarik perhatian pada peranti Samsung Galaxy Note 9 kali ini. Sekiranya ada fungsi menarik lain yang anda gemari, jangan segan silu untuk kongsikannya bersama kami di ruang komen.
Sumber : Pelbagai
Berkaitan
- Samsung S10+ Dilapor Akan Hadir Dengan Rekaan Dwi-Kamera Hadapan Pelik
- Kajian Mendapati 92% Pengguna iPhone Tidak Akan Beralih Ke Android
- Electronic Arts(EA) Tidak Mengadakan Persidangan Di Acara E3 2019
- Tali Pinggar Pintar Jenama Welt Dari Samsung Disenaraikan Dalam Kickstarter
- Bekas Eksekutif Bateri Samsung Sertai Apple, Dilantik Sebagai Ketua Pembangunan Bateri
- Peranti Berkuasa Tinggi Terbaru Nokia Mungkin Akan Digelar Nokia 9 PureView
- Samsung Galaxy A7 2018, 3 Kamera Utama!
- Galaxy Note 9 Bakal Dimuatkan Dengan Kapasiti Bateri Paling Besar Untuk Siri Note
- Bakal Juara Taiwan Excellence eSports Cup 2019 Akan Bawa Pulang RM10 Ribu
- (Kemaskini) Pertandingan Mobile Fotografi Dari OPPO – Peluang Untuk Menang Hadiah Bernilai RM3999