5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Nintendo 2DS XL

Minggu yang lalu Nintendo telah melancarkan model baru buat penggemar konsol - Nintendo 2DS XL. (mungkin keliru sikit dengan 3DS?)

4Cdy8nnEjhwDpALZvdBm8C-650-80

VS


qDThKBvDLJSEWhweYvLJqc-650-80

Jadi sebelum anda bertambah keliru, celaru, mari kita lihat 5 perkara yang anda perlu tahu tentang Nintendo 2DS XL ini:


  • Model yang lebih baik jika dibandingkan dengan Nintendo 2DS



    • 2DS XL merupakan model naik taraf daripada keluaran 2DS terdahulu - boleh dilipat, skrin paparan yang lebih besar

    • Turut menggunakan pemproses yang sama digunakan pada 3DS XL

    • Ini bermaksud anda boleh memainkan permainan yang dahulunya hanya boleh dimainkan pada konsol 3DS.




  • Skrin paparan yang lebih besar



    • Sudah bertahun Nintendo mengeluarkan siri XL (Extra Large), dan ia bukan sahaja bersaiz semata-mata (sesuai untuk pengguna bertangan besar, paparan yang luas dan menarik)

    • 82% lebih besar dari versi standard.




  • Resolusi tetap sama. Serius la???



    • Walaupun hadir dengan skrin yang lebih besar, tetapi sayang sekali resolusinya tetap sama dengan versi 2DS standard.

    • Mungkin tidak memberi sebarang masalah kepada kebanyakkan pengguna, cuma paparan kurang terperinci/tajam.




  • Sokongan Amiibo terbina



    •  Versi standard tidak mempunyai sokongan ini dan pemilik 2DS perlu  menggunakan pembaca NFC secara berasingan untuk mengimbas.

    • Untuk keluaran baru ini ia akan dilengkapi dengan sokongan amiibo terpasang dan pengguna tidak lagi perlu untuk aksesori tambahan.




  • Akan dilancarkan bersama dua permainan baru



    • 2DS XL tidak akan dipasarkan sehingga Julai

    • Ia akan dilancarkan bersama 2 lagi baru permainan iaitu

      • HEY Pikmin

      • Miitopia






1308-28-2DS-tabla-comparativa-con-3DS

Keluaran baru dari Nintendo ini dijangka dijual sekitar $149.99 (~RM649.08), $50 (~RM216.37) lebih murah berbanding model 3DS XL.

Sangat sesuai bagi mereka yang mahukan pengalaman yang sama bermain 3DS tetapi pada harga yang lebih murah.

Dijadualkan 2DS ini akan berlangsung pada 28 Julai, jadi tunggu apa lagi? menabung la dari sekarang.

tcl-fun-features
Sumber: Gamespot