Mungkin mesej yang dipadam anda itu sebenarnya tidak dipadam sepenuhnya.

WhatsApp telah pun perkenalkan ciri memadam mesej “Delete for everyone” pada lewat 2017 lalu. Ciri tersebut membolehkan pengguna memadam mesej yang mungkin mereka tersalah hantar, memalukan atau lain-lain dari dibaca oleh penerima.

Jadi, dengan adanya ciri “Delete for everyone” itu, pengguna mempunyai  masa bagi memadam sesuatu mesej yang dihantar kepada perseorangan atau pada grup WhatsApp.

Walaubagaimanapun, mungkin sebenarnya mesej yang dipadam itu  tidak dipadam sepenuhnya oleh WhatsApp. Sebahagian pengguna mungkin masih dapat melihat mesej yang sepatutnya sudah dipadam itu.

Jadi, ini adalah 5 perkara yang mungkin pengguna aplikasi WhatsApp tidak tahu berkaitan ciri “Delete for everyone“.

IKLAN

1. Hanya versi WhatsApp terbaru

Bagi memadam mesej pada kedua-dua pihak iaitu yang dihantar oleh anda dan pihak yang menerima mesej tersebut, anda dan si penerima mesej haruslah menggunakan versi WhatsApp terbaru.

Ciri “Delete for everyone” tidak boleh digunakan pada versi aplikasi WhatsApp terdahulu.

IKLAN

In order for messages to be successfully deleted for everyone, you and the recipients must be using the latest version of WhatsApp.” WhatsApp.

2. Ciri “Delete for everyone” tidak memadam media di peranti iPhone

Jika anda menghantar media kepada pengguna iPhone, ciri “Delete for everyone” WhatsApp mungkin tidak akan memadam media yang dipadam anda itu pada peranti si penerima.

Bermakna, media yang dihantar bersama mesej teks itu mungkin masih berada di dalam peranti iOS si penerima (walaupun mesej teks telah dipadam).

Ini kerana, polisi privasi Apple menetapkan tidak membenarkan aplikasi WhatsApp mengakses data peranti tanpa kebenaran pengguna.

Recipients using WhatsApp for iOS may still have media you sent saved to their Photos, even after the message is deleted from the WhatsApp chat.” WhatsApp.

3. Pengguna tidak tahu sama ada mesej telah berjaya dipadam atau tidak

Anda mungkin sangkakan mesej yang dipadam itu telah berjaya dipadam sepenuhnya. Tetapi adakah anda benar-benar pasti dan yakin mesej tersebut sudah dipadam sepenuhnya?

Ini kerana tiada notifikasi dari WhatsApp yang memaklumkan bahawa mesej yang dihantar itu telah berjaya dipadam sepenuhnya.

You won’t be notified if deleting for everyone wasn’t successful.” WhatsApp.

4. Dulu 7 minit, kini 1 jam

Jika sebelum ini, pengguna WhatsApp hanya diberikan masa 7 minit sahaja bagi memadam mesej.

Tetapi kini pengguna diberikan masa selama 1 jam bagi membolehkan mereka menggunakan ciri “Delete for everyone” selepas sesuatu mesej berjaya dihantar.

“You only have about an hour after you’ve sent a message to request to Delete for Everyone.” WhatsApp.

5. Penerima mungkin masih sempat melihat mesej sebelum ia dipadam

Walaupun anda telah segera memadam mesej sebaik selepas ia dihantar, tetapi terdapat kemungkinan si penerima masih sempat membaca mesej itu.

Situasi ini berlaku kerana mungkin si penerima sedang aktif sama menggunakan aplikasi WhatsApp. Atau mesej tersebut dibacanya menerusi notifikasi yang diterima pada peranti atau komputer.

Recipients might see your message before it’s deleted or if deletion wasn’t successful.” WhatsApp.