5 Perkara Menarik Tentang OPPO Reno 10x Zoom Yang Perlu Anda Tahu

Kalau tahun lalu, heboh kita bercerita pasal dahi peranti yang sedikit demi sedikit "dicukur" menjadi takuk. Nisbah paparan memang meningkat, tapi nafsu pembeli sedikit menurun.

Dalam masa yang sama, tidak mahu mencacatkan paparan dengan takuk, beberapa pengeluar mula menghasilkan peranti dengan kamera terangkat pula macam Vivo Nex dan Find X. Macam biasa, mula-mula rasa pelik tapi lama-kelamaan diterima. Mekanisme kamera terangkat ni pun dah boleh kita lihat pada sesetengah peranti baru yang dilancarkan beberapa bulan kebelakangan ni. Bukan sahaja, terangkat malah ia dituruti dengan rekaan menggelungsur, berputar, flip. Semua ada, hanya menanti untuk dipilih anda sahaja.

Kamera terangkat, tapi kalau sistem tak "terangkat" pun takde orang nak angkat, betul? Jadi model-model ni semua disumbat dengan bermacam-macam jenis keupayaan kamera. Dari sudut lebar, kesan bokeh lebih baik, sampailah kebolehan untuk zoom balkoni rumah jiran nun jauh disana. Dengar zoom jarak jauh ni macam menarik, jadi model mana ada ciri ni? Salah satu model yang mempunyai ciri tersebut adalah OPPO Reno 10x Zoom. Model ni bukan sekadar boleh zoom jarak jauh je, OPPO turut bagi kelengkapan menarik lain untuk membolehkan ia bersaing dipasaran. Bagi memudahkan sesi suai kenal dengan flagship terbaru daripada OPPO ni, berikut ialah 5 perkara menarik yang perlu anda tahu.

1. Kamera "sirip jerung" berenang-renang di atas peranti

Bagi yang tertanya-tanya, tiada seekor pun ikan jerung terkobrban dalam menghasilkan model OPPO Reno 10x zoom ini. Ia hanyalah rekaan panel bergerak diatas peranti yang disebut OPPO sebagai "shark fin", menempatkan fungsi penting seperti pembesar suara telinga, soft-light, kamera hadapan untuk rakaman selfie serta fungsi flash bagi rakaman belakang.

Kapsyen: OPPO Reno


Siri Reno ibarat mewarisi keunikan dengan unsur-unsur premium seperti Find X dahulu, tetapi bersama kemampuan yang ditambah baik. Bila nak buat rakaman selfie, kameranya keluar pantas dan lancar serta ditemani bantuan cahaya. Ia dilihat lebih menarik berbanding kamera terangkat yang biasa anda nampak pada model-model lain. Tak dinafikan ada antara pengguna yang kurang ghairah melihat bahagian kamera terangkat berbentuk petak tersembul keluar.

Mungkinkah sirip jerung ni boleh berenang masuk kedalam poket anda?

 

2. Skrin paparan terbentang luas

Dah kamera terangkat, takkan nak letak lagi takuk pada skrin kan? Paparan OPPO Reno 10x zoom bersih tanpa sebarang gangguan takuk untuk tingkatkan lagi lebih keseronokkan bermain aplikasi atau menonton video.

Kapsyen: Dari kiri: OPPO Reno 10x zoom dan OPPO Reno


Dagu hanya berketinggian 3.5mm memberikan nisbah paparan 93.1%. Skrin yang dipasang merupakan jenis AMOLED dimana OPPO menyatakan penjimatan kuasa sehinga 8%. Ia turut dapat memaparkan ruang warna DCI-P3 secara keseluruhannya dengan paparan warna lebih terang.

Skrin memang luas tapi kalau jatuh, sempit poket anda. Menyediakan perlindungan yang lebih pada paparan, ia dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 6. Lebih lasak berbanding generasi yang sebelumnya dan sebagai pembantu tambahan apabila terlepas jatuh. Sebelum terlupa, anda boleh tonton kandungan HD pada platform Netflix.

 

3. Prestasi  yang juga "terangkat".

Bila sebut telefon dengan Snapdragon 855, kening anda pasti terangkat membayangkan prestasi cip pemproses tersebut. Ya OPPO Reno 10x Zoom diperlengkapkan dengan komponen dalam berkuasa seperti Snapdragon 855, RAM 8GB dengan kapasiti storan sebesar 256GB.



Kalau rasa tak cukup nak simpan khazanah digital anda, slot kad Mikro SD disediakan dengan sokongan sehingga 256GB. Selain itu, pengalaman bermain aplikasi pastinya baik dengan adanya Touch Boost serta Frame Boost yang tersedia sebagai salah satu ciri pada Game Boost 2.0. Prestasi sentuhan pada permainan PUBG dapat ditingkatkan kepada 21.6% sementara  Arena of Valor sebanyak 13.75%.

Peranti ini turut hadir dengan teknologi tiga penyejukan yang berbeza; gel penyejukan, tiga lapisan grafit serta tiub tembaga untuk menguruskan suhu peranti dengan lebih efisien. Tamabahan itu, ia juga ciri AI Ice Box secara pintar menghentikan aplikasi yang tidak aktif untuk menjimatkan kuasa bateri.

 

4. Bateri tahan lama

Lagi satu faktor  penarik bagi pembeli dalam memilih telefon pintar adalah kapasiti bateri dan jangka masa ia boleh bertahan.  OPPO Reno 10x Zoom dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4065mAh.



Menguatkan lagi bahagian ini adalah ciri pengecasan VOOC 3.0 20W. Dengan teknologi pengecasan ini, OPPO menjanjikan pengguna dapat bermain dan mengecas dalam masa yang sama. Pengecasan penuh untuk 4065mAh hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam 35minit. Penggunaan biasa mampu mencecah satu hari. Takdelah risau sangat bila keluar beraya seharian dan terlupa nak powerbank.

 

5. Kebolehan zoom 60x, boleh teropong ketua kampung anda sedang berzumba

Ciri yang paling banyak diperkatakan akhir-akhir ini adalah kemampuan zoom 60x yang dihidangkan oleh OPPO pada Reno 10x zoom. Sebelum itu, OPPO Reno 10x zoom mempunyai tiga kamera belakang; 48MP (IMX 586), 13MP (telefoto) dan 8MP sudut lebar. Kombinasi ini memberikan jarak fokus 16-160mm.

https://www.youtube.com/watch?v=eNJVJ07LhBQ



"Zoom jauh-jauh pun nak buat apa?" Mungkin ada yang rasa takde keperluan pun nak zoom jauh ni, tapi bayangkan anda pergi konsert, duduk belakang sekali, ambil gambar artis, apa je yang nampak? Takpun anda pergi seminar atau kuliah, ada pembentangan dekat skrin depan, bila rakam satu apa pun tak nampak. Masa pergi stadium boleh ambil gambar pemain lebih dekat, masuk hutan nampak burung atas pokok boleh rakam. Jadi sudah nampak kelebihan ciri zoom jauh ni?

Selain itu, ada juga lensa sudut lebar dimana ia berguna untuk ambil gambar pemandangan yang lebih luas. Ambil gambar keluarga besar masa raya nanti, tiada lagi masalah sepupu nampak separuh badan je dalam gambar.

Aktiviti malam raya pasti mahu disimpan dalam bentuk gambar dan dengan adanya mod Ultra Night 2.0, aperture besar, bersama-sama MFNR (Multi Frame Noise Reduction) serta teknologi HDR, gambar raya lebih jelas pada waktu kurang pencahayaan.



Sebagai tambahan, bagi yang baru pertama kali mendengar tentang Reno, ia merupakan sebuah siri baru daripada OPPO. Mempunyai dua versi, OPPO Reno bagi kelas pertengahan dan OPPO Reno 10x Zoom yang ditawarkan pada pasaran flagship premium.

https://www.youtube.com/watch?v=jy-awLRzBSI

Luarannya cukup menawan dengan pilihan warna antara Ocean Green atau Jet Black, sistem antaramuka ColorOS 6 juga sudah lebih kemas berbanding versi terdahulu. Ada yang masih beranggapan OPPO hanyalah peranti yang sesuai untuk penggila selfie sahaja. Namun bermula dengan  Find X tahun lalu dan kini tampil pula siri Reno, demografik pengguna mungkin berubah kepada mereka yang mahukan sebuah peranti premium berspesifikasi baik.