5 Perkara Menarik Mengenai OPPO F11 Pro Yang Perlu Anda Tahu

OPPO F11 Pro, adakah anda sudah menjadi pemilik peranti ini ataupun sedang berkira-kira untuk mendapatkannya kelak?

Bagi yang masih tertanya-tanya tentang keluaran siri F terbaru dari OPPO ini, mari kita lihat 5 perkara menarik yang boleh dinikmati pengguna OPPO F11 Pro.

1. Rekaan dan warna pilihan yang menarik



Melihat pada luaran, OPPO memberikan anda pilihan warna yang menawan antara Aurora Green dengan dua tona warna ataupun Thunder Black, tiga tona warna.

Rupa bentuk menarik ini mungkin membuatkan anda keliru adakah panel belakangnya diperbuat dari kaca atau plastik? Pujian harus diberikan kepada OPPO kerana berjaya menghasilkan imej premium pada peranti ini walaupun keseluruhan panel belakang serta bingkai hanyalah plastik.

2. Paparan luas hasil dari kamera hadapan yang boleh disembunyikan

Menggunapakai kamera hadapan pop-up, OPPO F11 Pro menyajikan anda dengan paparan yang bebas dari gangguan takuk bersama dahi dan dagu yang nipis.



Berukuran 6.53 inci dengan nisbah paparan 19.5:9, paparan ini menyokong resolusi 1080p bersama ketumpatan piksel 400ppi. Hasil yang dipaparkan kelihatan baik dan segar. Anda boleh laras suhu warna sama ada Cooler, Default atau Warmer.

3. Kamera swafoto yang disembunyikan dan kamera belakang 48MP 

Seperti yang semua sudah maklum, siri F dari OPPO sememangnya terkenal mempertaruhkan keupayaan kamera hadapan mereka. Menariknya kali ini, kamera swafoto F11 Pro boleh disembunyikan dan berada ditengah-tengah.



Lensa depan beroperasi dengan pantas ketika dikeluarkan dan berjaya menghasilkan rakaman swafoto yang boleh dikatakan antara yang terbaik.

Bahagian belakang pula diletakkan dengan lensa 48MP ditemani lensa 5MP. Imej bagi rakaman pada siang hari dilihat cukup dengan perincian dengan kontras yang baik.

Mod Night pula disediakan bagi rakaman waktu malam, foto dihasilkan dengan tahap hingar (noise) yang rendah, seimbang dan kontras yang tidak menghampakan.

4. Bateri 4000mAh

Dengan kapasiti sebesar ini, penggunaan harian secara sederhana tidak mendatangkan masalah. Kami bermain PUBG selama 3 jam tanpa henti, kuasa bateri dari 100% turun 50%. Boleh tahan bukan?



Dari segi kebolehan mengecas pula, ia menggunakan pengecasan pantas VOOC 3.0. Untuk satu pengecasan penuh, kadar masa yang diambil adalah sekitar 1 jam 28 minit.

5. Hyper Boost dan Game Space

Bagi prestasi yang lebih responsif untuk penggunaan harian serta aplikasi permainan, OPPO telah membangunkan Hyper Boost. Kelancaran menggunakan aplikasi boleh dirasai baik bermain aplikasi, atau aktiviti lain yang anda gunakan pada peranti. Terdapat 11 permainan popular yang dioptimumkan pada teknologi ini seperti PUBG dan Arena of Valor.



Game Space pula disediakan untuk mengatur tetapan dan mengoptimumkan permainan bagi prestasi permainan yang lebih baik.



Perkembangan lain mengenai peranti ini pula, satu roadshow telah dilangsungkan pada hujung minggu lalu bertempat di pusat beli-belah 1Utama yang turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran duta OPPO F11 Pro, Fattah Amin.

Seramai 20 pembeli terawal peranti ini diberi peluang beramah mesra dengan pelakon terbabit, sementara 12 pembeli secara pra-tempah pula menerima tiket bagi Fiest Belon Udara Panas di Putrajaya.



Adakah anda salah seorang pembeli yang membanjiri roadshow terbabit? Boleh kongsikan pengalaman menggunakan OPPO F11 Pro dengan yang lain.