5 Perkara Asas Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Membeli Komputer Riba

Tidak dapat dinafikan komputer riba semakin menjadi pilihan ramai berbanding komputer meja hari ini walaupun ia kurang kebolehan naiktaraf.

Akan tetapi ramai yang masih keliru berkenaan apa yang perlu diambil berat sebelum membeli sebuah komputer riba.

Oleh itu, pada kali ini kami akan membantu anda mengenalpasti 5 perkara asas yang perlu dinilai sebelum membeli sebuah komputer riba.

1. Tujuan Penggunaan



Mengetahui tujuan penggunaan adalah penting bagi menentukan spesifikasi peranti yang ingin dimiliki.

Sekiranya anda mahu membeli laptop untuk tujuan menyunting atau bermain permainan video, anda akan memerlukan laptop dengan spesifikasi yang lebih baik berbanding untuk kegunaan pejabat.

Akan tetapi, anda perlu bersedia untuk membayar nilai yang lebih tinggi untuk mendapatkannya nanti.

2. Saiz & Berat Komputer Riba

Kapsyen: Engadget


Saiz dan berat peranti adalah penting bagi menentukan betapa mudah alihnya sesebuah komputer riba.

Saiz komputer riba hari ini selalu sebesar 11 hingga 17-inci. Selalunya, saiz yang besar akan hadir dengan berat yang lebih tinggi dan pastinya sedikit menyukarkan anda untuk membawanya.

Maka, jika anda mahukan laptop yang benar-benar mudah alih, pastikan anda memilih saiz dan berat yang sesuai. Ultrabook adalah pilihan yang baik.

3. CPU

Kapsyen: LaptopMag


CPU ini boleh diibaratkan sebagai otak peranti di mana ialah adalah pusat kepada setiap arahan yang diberikan kepada peranti.

Oleh itu, bagi anda yang mahu menggunakan komputer riba untuk tujuan yang lebih berat, kami nasihatkan anda untuk mendapatkan komputer riba dengan CPU lebih berkuasa.

Tidak salah jika kami katakan sekurang-kurangnya komputer riba yang mahu dibeli perlu menggunakan cip Intel i5 atau yang setaraf dengannya.

4. RAM

Kapsyen: Crucial


Sama seperti telefon pintar, memori atau RAM ini adalah faktor penentu keupayaan komputer riba untuk menjalankan lebih banyak tugasan dalam satu-satu masa.

Bagi penggunaan biasa seperti menonton video atas talian atau kerja-kerja pejabat, 4GB RAM sahaja sudah mencukupi. Namun bagi bermain games atau editing, sebaiknya anda menggunakan laptop dengan minima 8GB RAM.

Walaubagaimanapun, RAM yang lebih besar biasanya akan menggunakan lebih banyak tenaga. Maka kenalpasti saiz RAM yang sesuai untuk kegunaan anda dengan tepat.

5. Ruang Simpanan

Kapsyen: Windows Central


Simpanan dalaman komputer riba terbahagi kepada dua pilihan iaitu HDD dan SSD. SSD adalah lebih pantas berbanding HDD, namun ia adalah lebih mahal dan berkapasiti lebih kecil.

Terdapat komputer riba yang menawarkan penggunaan kedua-duanya akan tetapi belanjanya juga adalah lebih besar berbanding komputer dengan HDD sahaja.

Tambahan pula, laptop dengan HDD biasanya adalah lebih tebal, agak bising dan menggunakan lebih banyak kuasa bateri.

Diharapkan dengan perkongsian kali ini dapat membantu anda untuk mendapatkan komputer riba yang sesuai dengan bajet dan kegunaan anda.

 

Sumber: Reviewed   PC World   HowStuffWorks

Berkaitan