5 Perisian Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Merakam Video Pada Skrin Komputer

Adakah anda ingin merakam aktiviti yang terjadi pada komputer tetapi tidak tahu cara untuk merakamnya?

Mungkin anda seorang pereka bentuk dan mahu berkongsi tips yang memerlukan rakaman video pada skrin komputer supaya ia mudah dipelajari orang lain. Atau mungkin anda hanya sekadar suka-suka untuk merakam tetapi tidak tahu perisian mana yang mampu menyelesaikan masalah itu.

Dibawah ini merupakan 5 perisian rakaman video pada skrin komputer yang boleh dimuat turun secara percuma.

1. OBS Studio (Muat Turun)



Sesuai digunakan untuk rakaman permainan video luar talian mahupun dalam talian. Dihadirkan dengan ciri yang membantu anda menghasilkan rakaman yang berkualiti. Ia juga mampu merakam sehingga 60fps dan mungkin juga lebih daripada itu.

Antara kelebihan OBS Studio, ia mampu merakam permainan video di dalam mod skrin penuh (kebanyakkan perakam yang lain hanya boleh merakam permainan video dengan mod tetingkap sahaja)

2. Flashback Express (Muat Turun)



Walaupun percuma, perisian ini tidak akan meletakkan watermark pada hasil rakaman video. Ia juga mempunyai beberapa ciri setanding perisian premium yang lain dengan antaramuka yang mesra pengguna. Sedikit kekurangan adalah rakaman hanya boleh disimpan dengan format WMV sahaja, dan jika anda mahukan format yang lain, anda perlu membeli versi premium.

3. Ezvid (Muat Turun)



Perakam skrin yang ringkas dan mampu merakam sehingga 45 minit tanpa henti. Menariknya dengan perakam ini, anda boleh meletakkan fungsi sarikata, dan pilihan lagu supaya video lebih menarik untuk ditonton.

4. TinyTake (Muat Turun)



Perisian perakam percuma yang menawarkan storan awan berkapasiti 2GB. Juga datang dengan antaramuka yang ringkas tetapi kebanyakkan ciri menarik hanya ditawarkan pada versi premium.

5. Xsplit Broadcaster (Muat Turun: Broadcaster dan Gamecaster)



Hadir dengan dua pilihan iaitu Broadcaster dan Gamecaster. Kedua-duanya hampir sama tetapi Gamecaster lebih sesuai digunakan untuk merakam permainan video.

Berupaya merakam sehingga 60fps atau resolusi lebih daripada 720p tetapi watermark akan diletakkan pada hasil rakaman anda.