5 Perisian Antivirus Pilihan Untuk Lindungi Komputer Anda

Antivirus merupakan perisian yang penting untuk setiap komputer. Anda pasti tidak mahu kehilangan dokumen peribadi yang disimpan. Berikut merupakan 5 perisian antivirus yang boleh memberi perlindungan kepada komputer anda.

  • McAfee






    • Perisian antivirus ini mempunyai ciri rentas peranti dimana dengan satu lesen sahaja anda boleh menggunakannya pada peranti lain seperti komputer Windows, macOS, Android serta iOS.

    • Ditawarkan dengan tiga pilihan langganan iaitu Family RM275 (sehingga 10 peranti), Individual RM148 (sebuah peranti) serta Multi-Device RM211 (sehingga 5 buah peranti). Tetapi kini untuk Multi-Device ia tersedia dengan harga promosi RM105.50 sahaja.

    • Langgan antivirus McAfee





  • Bitdefender Antivirus Plus


 



    • Mendapat markah penilaian tinggi dari ujian antiphishing oleh laman PCMag. Mempunyai perlindungan dari Ransomware dan bagus dalam menyekat URL berniat jahat. Antivirus ini juga dilengkapi dengan ciri pengurusan kata laluan dan mempunyai banyak ciri sekuriti yang lain.

    • Langgan antivirus Bitdefender





  • Kaspersky


 



    • Melindungi komputer daripada virus terkini, ransomware, spyware dan turut mampu menghentikan perisian hasad yang melombong matawang kripto daripada menurunkan prestasi komputer.

    • Lesen untuk setahun bagi sebuah komputer pada harga bermula RM99. Datang dengan tempoh percubaan selama 30 hari.

    • Langgan antivirus Kaspersky





  • ESET NOD32






    • Salah satu antivirus yang digunakan meluas. Dimuatkan dengan Host Intrusion Preventing System yang berfungsi sebagai pengimbas perisian komputer serta sistem kawalan peranti. Ciri-ciri sekuriti lain yang ada mungkin agak kompleks untuk digunakan pengguna biasa.

    • Langgan antivirus ESET NOD32





  • Norton Antivirus Plus


 



    • Perlindungan data daripada Ransomware. Ini termasuklah sandaran secara dalam talian, perlindungan dari eksploitasi, pengurusan kata laluan dan beberapa ciri sekuriti yang lain.

    • Langgan antivirus Norton