5 Peranti Terbaik Bawah RM 700 Untuk Gaming (Julai 2020)

Pada beberapa hari lepas salah seorang kawan saya mesej saya di whatapp. Dia menyoal saya mengenai peranti gaming yang berharga bawah RM 700 dan saya juga tergagap juga untuk menjawab soalan beliau.

Jadi saya dengan perasaan ingin tahu membuat sedikit carian untuk meneliti setiap penawaran dengan paras harga sedemikian yang baik untuk menjalankan permainan mudah alih.
Realme C3



Sebuah peranti realme yang terbaik dan dibina khas untuk gaming permulaan dengan harga yang berpatutan. Realme C3 boleh dibeli dengan harga rm 499 dan ia mengunakan chipset Mediatek helio g70.

Bukan itu saja, peranti ini mempunyai bateri sebesar 5000mAh. Perkara yang saya kurang gemari mengenai peranti ini adalah pertama ia tidak menggunakan USB-C jadi tiada pengecasan pantas (tetapi kita perlu ingat bahawa ia adalah kelas permulaan).

Selain itu juga varian yang dijual di malaysia hanya ada satu sahaja iaitu 3GB RAM dan 32GB storan tapi jangan bimbang telefon pintar ini mempunyai slot kad mikroSD untuk tambahan storan.
Realme 6i



Antara peranti yang wajib ada pada senarai peranti budget pastilah Realme. Kali ini saya memilih Realme 6i kerana cip pemprosesan dan harganya. Peranti ini menggunakan cip pemprosesan sama seperti Redmi 9 iaitu Mediatek Helio G80 dengan harga bawah RM700 iaitu RM699.

Peranti ini mempunyai bateri sebesar 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W dari dalam kotak. Tapi kekurangan pada peranti ini adalah skrin hanya  menyokong HD+, bukan Full HD.
Redmi note 9



 

Lagi satu peranti dari Redmi iaitu Redmi Note 9. Redmi Note 9 kali ini menggunakan cip pemprosesan Mediatek Helio G85 yang baru. Cip pemprosesan ini sebenarnya sama seperti Helio G80 tapi dengan kelajuan GPU yang dipertingkatkan sedikit.

Namun dari segi prestasi permainan, ia tidak mempunyai perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan Redmi 9. Peranti ini dijual pada tanda harga RM 649 untuk variasi RAM 3GB dengan 64GB storan.

Seperkara yang saya suka mengenai telefon pintar ini ada adalah rekaan punch hole yang kecil di sebelah kiri paparan. Apabila anda bermain permainan mudah alih, ia tidak akan mengganggu penglihatan apabila anda ingin melakukan pergerakan pada hujung skrin.

Selain itu juga, peranti ini mempunyai bateri dengan kapasiti 5020mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W yang dibekalkan di dalam kotak. Untuk skrin peranti ini menggunakan skrin FullHD+
Redmi note 8



Walaupun Redmi Note 8 dikeluarkan pada hujung tahun lepas, ia masih relevan kerana tidak banyak peranti yang mempunyai spesifikasi seperti ini dengan harga yang diberikan. Untuk gaming, Snapdragon 665 masih lagi mampu memainkan kebanyakan aplikasi permainan pada tetapan yang tinggi atau sederhana.

Kapasiti bateri pula menampilkan bateri sebesar 4000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W, tetapi malang sekali anda hanya dapat pengecas 10 W dari dalam kotak. Anda boleh dapatkan Redmi Note 8 dalam paras harga RM500 hingga RM600 dan tidak melebihi RM700.
Redmi 9



Redmi 9 adalah antara peranti yang termurah di dalam senarai  ini dengan harga jualan bawah RM500. Jangan pandang rendah dengan peranti ini walaupun harganya agak murah, tetapi prestasinya secara keseluruhan boleh dikatakan setanding dengan model yang harganya lebih tinggi.

Untuk gaming, peranti ini menggunakan cip pemprosesan Mediatek Helio G80 yang lebih baik dari Snapdragon 665. Cuba banyangkan, pada nilai RM500 anda boleh dapat sebuah peranti dengan skrin Full HD+, USB-C, dan cip pemproses gaming yang baik iaitu Mediatek Helio G80.

Tidak dilupakan juga.....


Honor 9x Lite



Walaupun dirasakan kurang berkemampuan untuk menandingi 5 peranti yang ada pada senarai diatas, Honor 9x Lite tetap dimasukkan ke dalam senarai ini kerana ia adalah peranti yang masih berkuasa.
Realme 5i



Realme 5i tidak terpilih kerana satu sebab, kewujudan Redmi note 8 membuatkan peranti ini tidak kurang menggiurkan apabila dibandingkan dari segi spesifikasinya.

Realme 5i hanya menggunakan skrin HD+ sahaja tetapi Redmi Note 8 mengguna pakai Skrin full HD+ dan untuk cip pemprosesan kedua-dua peranti ini menggunakan Snapdragon 665 dan ia masih lagi relevan untuk tahun ni tetapi disebabkan skrin Realme 5i mempunyai resolusi yang rendah maka ia tersingkir dari memasuki senarai tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=8XQXo0s1DA0