5 Peranti Pintar Terbaik Dengan Fungsi Slot Simkad "Non-Hybrid"

Mungkin ada diantara anda yang tidak tahu akan istilah slot simkad "non-hybrid". Untuk makluman anda, Non - Hybrid bermaksud peranti yang mempunyai kemampuan untuk menggunakan 2 simkad dan kad memori secara serentak.

Kebanyakan peranti dual simkad yang ditawarkan hanya mampu memberi pilihan sama ada mahu menggunakan 2 simkad atau simkad + kad memori sahaja. Jadi kepada anda yang mementingkan saiz memori tambahan dan keperluan 2 simkad secara serentak bolehlah memilih peranti jenis Non-hybrid ini.

berikut antara 5 peranti jenis Non - Hybrid terbaik yang kami syorkan untuk anda.

1. Sony Xperia Z5 Dual



Xperia Z5 mungkin kurang menjadi pilihan, namun masih banyak hal yang boleh dibanggakan daripada peranti buatan Sony ini. Diantaranya seperti rekaan yang "stylish" dan matang, tahan air, dan speaker stereo yang menarik. Jika anda menyukai jenis peranti seperti itu dengan slot dual SIM non-hybrid, maka Xperia Z5 versi Dual jawapannya. Tetapi jika anda memiliki "modal" ekstra, adalah lagi elok sekiranya memilih Xperia Z5 Premium dengan layar 4K-nya yang memukau.

 

2. Asus Zenfone 4 Max



Bukan sahaja datang dengan slot simkad non-hybrid, peranti ini juga dilengkapi dengan kamera, bateri dan layar yang mantap. Harganya juga berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

 

3. LG G4



Meskipun sudah 3 tahun dipasaran, peranti ini masih lagi laris diapsaran. Banyak "feedback" yang sangat positif diterima dari penggunanya.

 

4. Honor 5x



Antara peranti dengan harga yang sangat berbaloi untuk dimiliki. Di lengkapi dengan fungsi-fungsi terkini seperti pengimbas cap jari dan lain-lain.

 

5. Xiaomi Redmi Y1



Siapa yang tidak kenal dengan "raja" peranti pintar dari negara China ini. Dengan harga tidak sampai RM1000 anda mampu memiliki peranti dengan Non-Hybrid bersama dengan spesifikasi hebat seperti RAM yang bersaiz 3GB, kamera yang berkualiti dan saiz skrin yang besar.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian dariapda kami kali ini, semoga bermanfaat.