Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DELL INSPIRON 157000 GAMING

5 Pepijat Menyebabkan Beratus Juta Pengguna Komputer Dell Berdepan Isu Keselamatan

Diterbitkan Mei 7, 2021 · Dikemas kini Mei 7, 2021 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari Sentinel Labs mendedahkan terdapat 5 kecacatan kritikal yang terdapat di dalam beratus juta komputer keluaran Dell.

Lebih daripada 300 model komputer Dell terjejas dengan isu in. Ia termasuklah komputer riba, komputer meja dan tablet jenama Dell yang dpasarkan sejak 2009 lagi.

Antara model-model yang terjejas adalah seperti Dell Inspiron, Dell Latitude, Optiplex, Precisio, Vostro, Dell XPS, Alienware dan banyak lagi.

Lebih memburukkan keadaan adalah kecacatan tersebut tidak diperbaiki selama 12 tahun yang menyebabkan peranti-peranti DELL terlibat terjejas kepada isu keselamatan.

Berikutan penemuan kecacatan tersebut, Dell telah melepaskan kemas kini firmware kritikal kepada semua model komputer mereka minggu ini.

Penyelidik menerangkan, Dell menawarkan kemas kini tersebut dalam satu fail tetapi ia sebenarnya merangkumi 5 isu kritikal.

Berikut adalah pecahan pepijat kritikal Dell yang dipecahkan oleh Sentinal Labs:-

  • CVE-2021-21551: Local Elevation Of Privileges #1 – Memory corruption
  • CVE-2021-21551: Local Elevation Of Privileges #2 – Memory corruption
  • CVE-2021-21551: Local Elevation Of Privileges #3 – Lack of input validation
  • CVE-2021-21551: Local Elevation Of Privileges #4 – Lack of input validation
  • CVE-2021-21551: Denial Of Service – Code logic issue

Tambah penyelidik, walaupun mereka setakat ini tidak mengesan sebarang eksploitasi ke atas kecacatan tersebut, tetapi pengguna Dell disyorkan untuk segera mengemas kini sistem komputer mereka kepada versi terbaru yang sudah pun dilepaskan oleh Dell.

Kemas kini tersebut sudah boleh dimuat turun secara manual dari laman rasmi Dell Security Advisory Update – DSA-2021-088.

Atau anda boleh semak kemas kini Dell terbaru menerusi aplikasi Dell Support Assist yang boleh dimuat turun di laman rasmi Dell.

Sumber: Threat Post

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY