5 Penyakit Impak Daripada Penggunaan Teknologi Moden Yang Keterlaluan

Kehidupan seharian kita dikelilingi dengan teknologi moden yang mana ia memudahkan aktiviti seharian. Walaupunbegitu, ia bukanlah asbab utama untuk anda terlalu bergantung kepada gajet peranti atau teknologi canggih yang lain.

Setiap apa yang dilakukan mestilah mempunyai had, jika terlebih pasti membawa mudarat. Sebahagian teknologi boleh membantu kita dalam menjaga kesihatan namun ada juga teknologi moden yang memberi impak negatif kepada tubuh badan dan mental.

Berikut merupakan 5 penyakit yang boleh dihidapi anda jika keterlaluan menggunakan teknologi moden.

1. Cyberchodria



 

Juga dikenali sebagai compucondria, terjadi kepada seseorang yang kerap membuat carian terhadap kesihatan diri di internet. Apabila badan terasa kurang sihat, mereka terus mencari punca penyakit melalui internet.

Tidak semestinya kepala pening anda terkena kanser ya. Kalau terdapat perubahan pada kesihatan badan sila dapatkan nasihat doktor, bukan memandai-mandai mengikut nasihat dari internet yang entah betul atau tidak.

2. Digisexual



Digisexual merupakan keinginan melakukan hubungan seks bersama robot. Umum mengetahui ada syarikat yang berjaya mencipta robot mirip manusia sebenar.

Kebiasaannya Digisexual dialami oleh kaum lelaki, tetapi berkemungkinan juga dihidapi oleh perempuan. Mungkin terlalu hidup bersendirian membuatkan pesakit lebih memilih untuk melampiaskan nafsu bersama robot dari manusia yang sebenar.

3. Tendonitis

Seseorang yang terlalu lama menggunakan telefon pintar, komputer, papan kekunci, tetikus atau permainan konsol boleh menyebabkan penyakit ini.

Apabila melakukan aktiviti diatas, kemungkinan anggota badan berada pada kedudukan yang tidak normal dan boleh menyebabkan sakit urat ini.

4. Sindrom FOMO



FOMO merupakan singkatan kepada Fear of Missing Out. Mereka yang menghadapi sindrom ini cepat berasa seperti ketinggalan dan juga tertekan.

Mereka mahu terus tahu apa yang terjadi diinternet seperti aplikasi media sosial dan lain-lain. Pada awal mungkin tidak apa-apa, tetapi jika dibiarkan kesan yang lebih buruk mungkin akan terjadi.

5. PlayStation Palmar Hidradenitis



Perkataan pertama sudah memberi bayangan bagaimana ia boleh berlaku. PlayStation Palmar Hidradenitia ditemui oleh pakar kesihatan pada 2009, dihidapi oleh seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun.

Ia terjadi apabila anak kecil tersebut bermain terlalu lama konsol PlayStation terlalu lama dimana tangan pemain menjadi kemerah-merahan seperti ruam beserta bengkak ditapak tangan.

 

Berkaitan