Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

5 Pembesar Suara Mudah Alih Bawah RM300

Posted on April 8, 2024

Setiap kehidupan seorang individu semestinya memerlukan teknologi sama ada telefon pintar mahupun gajet, aksesori atau pembesar suara.

Kini, semakin popular dengan pembesar suara atau speaker yang menggunakan sambungan bluetooth, iaitu tanpa sebarang wayar untuk diakses.

Terdapat 5 bluetooth speaker tanpa wayar bawah RM500 yang disenaraikan dengan lengkap.

{snap}

1. JBL Go 3 Portable Waterproof Speaker

JBL GO 3 Portable Waterproof Speaker ini didatangkan 13 pilihan warna yang menarik pengguna untuk membelinya seperti merah jambu, hitam, putih, merah, kuning dan lain-lain lagi.

Seterusnya, sambungan bluetooth juga boleh disambungkan meskipun ketika waktu hujan kerana pembesar suara ini kalis air dan debu IP67.

JBL berkata yang pembesar suara mudah alih ini boleh bertahan sehingga 5 jam dengan sekali cas.

Beli di Shopee

{snap}

2. Xiaomi Mi Smart Speaker

Xiaomi Mi Smart Speaker hadir dengan pemacu sebesar 63.5mm dengan kuasa 12W.

Audionya pula ditala DTS. Secara tidak langsung, pengguna akan mendapat audio yang lebih baik.

Ciri. lain adalah sambungan WiFi serta Bluetooth, 2 mikrofon untuk beri arahan dan juga ada pembantu suara Google.

Beli di Shopee

{snap}

3. Sony SRS-XB13

Sony SRS-XB13 Extra Bass Portable Wireless Speaker merupakan antara pilihan terbaik.

Di dalam turut hadir teknologi DSP, mempunyai bass yang baik dan boleh dipadankan dengan sebuah lagi pembesar suara ini untuk menghasilkan bunyi stereo.

Untuk bateri, ia dikatakan boleh memainkan audio selama 16 jam.

Enam warna ditawarkan, iaitu Powder Blue, Hitam, Lemon Yellow, Taupe, Light Blue dan Coral Pink.

Dari segi reka bentuk, pembesar suara mudah alih kompak ini hanyalah seberat 0.253kg dan ia juga mempunyai penarafan IP67.

Beli di Shopee

{snap}

4. Sharp Portable Bluetooth Speaker GX-BT180

 

Sharp Wireless Portable Bluetooth Speaker GX-BT180 mempunyai kuasa maksimum 10W.

Pembesar suara mudah alih ini dapat digunakan sehingga 10 jam sebelum perlu dicas semula. Malang sekali, ia menggunakan kabel mikro USB.

Anda tidak perlu risau jika terkena percikan air atau debu kerana ia hadir dengan penarafan percikan air IP56.

Selain itu, turut ditawarkan dua mod untuk sambungan dengan pembesar suara lain bagi menghasilkan audio stereo.

Lain-lain adalah Bluetooth 4.2, peralihan automatik antara peranti dan pembantu suara integrasi seperti akses ke Siri atau Google.

Beli di Shopee

{snap}

5. Baseus AeQur VO20

Bagi anda yang minat dengan pencahayaan, Baseus AeQur VO20 ini sesuai untuk anda kerana mempunyai RGB.

Pembesar suara mudah alih ini hadir dengan sambungan bluetooth 5.3, boleh digunakan selama 15 jam (laras audio 50%) dan masa cas penuh 2.5 jam.

Jangan risau untuk bawa keluar kerana ia ada penarafan percikan air IPX5.

Beli di Shopee

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress