Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
wings day1

5 Pemain Wings Gaming Meninggalkan Organisasi Tersebut

Diterbitkan April 21, 2017 · Dikemas kini April 21, 2017 oleh Wiser MY

Wings Gaming dan 5 pemain mereka memutuskan untuk membawa haluan masing-masing.

Namun 5 pemain tersebut kekal bersama dan akan bertanding di bawah nama Team Random.

Walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat, Valve telah mengesahkan khabar angin mengenai nasib pemain juara bertahan TI  tersebut.

Dalam kemaskini malam semalam, nama Wings Gaming telah ditukar kepada Team Random untuk Kiev Major Battle Pass.

Banyak khabar angin mengenai masalah pengurusan Wing Gaming telah bertiup sejak beberapa minggu lepas di dalam reddit.

Sumber terdekat dengan pemain tersebut menyatakan isu kewangan merupakan sebagai punca utama keluarnya pemain tersebut dari organisasi itu.

Wings Gaming diberitahu mengambil 40% dari hadiah kemenangan The International 6.

Mengikut laporan yang tidak disahkan, pemilik Wings Gaming telah melaburkan wang sebanyak RM 13 juta untuk pasukan League of Legends, namun tiada pulangan yang memberangsangkan.

Dan jika mengikut laman rasmi sosial Weibo, 5 pemain Dota 2 itu tidak menerima wang gaji mereka selama 2 bulan dan telah dibuang dari rumah ‘gaming’ mereka.

team random

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY