5 Pelayar Internet Terbaik Bagi Peranti Mudah Alih 2018

Browser atau pelayar internet yang pantas dan lancar untuk peranti mudah alih mungkin mudah didapati pada hari ini, namun fungsi-fungsi tambahannya akan membezakan sebuah pelayar dengan pelayar yang lain.

Berikutan itu, mungkin agak sukar untuk kita memilih pelayar manakah yang paling sesuai dengan citarasa masing-masing. Oleh sebab itu, kali ini kami akan bantu anda dengan menyenaraikan lima pelayar terbaik untuk peranti mudah alih pada tahun 2018.

1. Dolphin Browser 

Pelayar ini boleh dikatakan sebagai antara pelayar yang mempunyai paling banyak fungsi. Bukan sahaja dilengkapi dengan penghalang iklan terbina, sokongan flash dan tema menarik, malah ia juga menyokong fungsi kawalan isyarat tangan.

https://youtu.be/k73ipSDZJXM

Sebagai contoh, anda boleh menetapkan isyarat dengan huruf F untuk Facebook. Selepas itu, anda hanya perlu membuat isyarat berbentuk huruf F dan pelayar ini akan terus membuka laman Facebook untuk anda.

Muat Turun: Android    iOS

2. Brave Browser

Brave Browser merupakan salah satu pelayar kegemaran saya. Ia boleh menghalang kuki pihak ketiga, skrip serta mempunyai ciri keselamatan yang agak baik.



Pelayar ini juga mempunyai salah satu penghalang iklan yang paling efektif pada pendapat saya. Laman sesawang sering meminta anda untuk menyah-aktifkan penghalang iklan? Jangan risau, ia tidak akan berlaku jika anda menggunakan pelayar ini.

Muat Turun: Android    iOS

3. Kiwi Browser

Kiwi Browser ini merupakan pelayar berasaskan Chromium dan Webkit, maka sekali pandang ia sering tak ubah seperti antaramuka yang ada pada Google Chrome.



Apa yang bagusnya pelayar ini, ia mampu menghalang tetingkap popups dengan sangat baik. Selain itu, mod malamnya juga tidak terlalu gelap dan selesa untuk digunakan bagi membaca artikel.

Muat Turun: Android

4. Samsung Internet Browser

Mungkin ada yang mempersoalkan pelayar ini, namun percayalah, pelayar dari Samsung ini sudah banyak penambaikan berbanding sebelum ini.



Ia lebih ringan, pantas, serta mempunyai pelbagai extension penghalang iklan untuk digunakan oleh pengguna. Malah ia juga mempunyai mod malam, tidak seperti Google Chrome.

Muat Turun: Android

5. Mozilla Firefox

Tahun 2018 adalah merupakan tahun kebangkitan semula bagi Mozilla Firefox. Dengan antaramuka yang lebih ringkas dan penggunaan yang lebih pantas, pelayar ini dengan mudah menjadi antara pilihan pengguna.



Tidak dinafikan ia masih lagi terdapat beberapa kekurangan namun ia layak memasuki senarai ini. Antara alasannya ialah ia melindungi privasi anda serta enjin pencariannya juga lebih pantas dan pintar.

Muat Turun: Android    iOS

Harus diingatkan bahawa senarai ini tidak menurut sebarang urutan dan semua pelayar yang tersenarai adalah pelayar percuma sahaja.

Diharapkan melalui penyenaraian ini, ia dapat membantu anda untuk memilih aplikasi pelayar terbaik untuk kegunaan anda, selain Google Chrome.

 

Sumber: Android Authority

Berkaitan