Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
fast internet gold coast

5 Pakej Jalur Lebar Ditawarkan Pada Harga Berpatutan Khusus Untuk Golongan Belia

Diterbitkan September 22, 2020 · Dikemas kini September 22, 2020 oleh ariff bukhari

Selepas saranan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia, pada 17 September lalu, syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi telah menawarkan pakej khas jalur lebar khusus untuk ditawarkan kepada golongan belia.

Golongan belia merupakan kumpulan pengguna kemudahan telekomunikasi paling ramai dan paling aktif.

Hasil tinjauan oleh SKMM sebelum ini terhadap penggunaan perkhidmatan jalur lebar pada 2018 dahulu menunjukkan bahawa golongan belia membentuk komposisi seperti berikut:-

  •  67.8% daripada 28.7 juta pengguna internet;
  • 80.9% atau 16.6 juta terlibat dengan aktiviti e-dagang; dan
  • 78.4% menggunakan internet setiap hari antara 1-12 jam.

Setakat ini, sebanyak 5 syarikat utama penyedia perkhidmatan jalur lebar di Malaysia sudah menawarkan pakej jalur lebar pada harga yang berpatutan untuk golongan belia.

internet 2

internet 1

SKMM juga memaklumkan bahawa mereka kini sedang mengambil langkah memperkasakan fungsi 1,064 Pusat Internet Komuniti (PIK) di seluruh negara sebagai pusat transformasi digital untuk masyarakat setempat dengan menjadikan golongan belia sebagai sasaran utama.

Ia diharapkan akan dapat merangsang golongan belia melengkapkan diri dengan pengetahuan digital yang sofistikated untuk bersaing membina masa hadapan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • UKM Perkenal Teknologi Implan Suara Boleh Laras Pertama Di Asia Tenggara
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • RAM PC Sepatutnya Berada Di Dalam Pusat Data AI - Sam Altman
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY