5 Masalah Komputer Riba Dan Penyelesaiannya

Kepada pengguna komputer riba diluar sana, berikut antara 5 masalah yang selalu dihadapi oleh pengguna dan cara-cara untuk menyelesaikannya.

1.Masalah terlebih panas atau"overheat"



Berbeza dengan PC dirumah, penyejuk untuk laptop boleh dikatakan sangat kerap bermasalah sehingga boleh menyebabkan kejadian "overheat"

Cara penyelesaiannya :

  • Bersihkan "laptop" sekiurang-kurangnya setahun sekali

  • Tukarkan Gel Termal sekurang-kurangnya setahun sekali

  • Jangan gunakan "laptop" diatas tilam ataupun bantal


 

2.Masalah "harddisk" rosak



Komputer riba yang menggunakan cakera keras kebiasaannya akan mudah mengalami kerosakkan sekiranya anda kerap membawanya kesanana kemari dengan tanpa mematikannya ataupun "shutdown" dengan betul.

Cara penyelesaiannya :

  • Naik taraf "laptop" anda ataupun pastikan beli yang berspesifikasi SSD

  • Elakkan penggunaan diatas tilam ataupun permukaan bergoyang

  • Tidak memindah-mindah tempat semasa "laptop" masih aktif


 

3.Bateri cepat habis atau tidak dapat di cas masuk



Ini boleh dikatakan maslah sejagat kepada pengguna komputer riba. adalah mustahil untuk menjamin ketahanan "laptop" anda selama-lamanya.Jangka hayat bateri biasanya diantara 4-6 tahun sahaja, selepas tempoh tersebut ianya akan "uzur". Apa yang boleh dilakukan ialah, memanjangkan jangka hayatnya dengan langkah penjagaan yang betul.

Cara penyelesaiannya :

  • Jangan amalkan mengecas "laptop" seharian.

  • Beli yang baru, harganya tidaklah mahal sangat


 

4.Papan kekunci atau touch pad rosak



Sekiranya banyak sangat debu atau kotoran papan kekunci akan mudah rosak atau kurang sensitif butangnya. Jangan takut, anda boleh sahaja membukanya dengan menggunakan kad nipis terpakai dan menukarnya dengan yang baru, harganya tidak lah mahal sangat.

Cara penyelesaianya :

  • Ganti "sparepart" yang baru, untuk sesetengah "laptop" harganya tidak sampai RM100.

  • Buka sendiri papan kekunci yang rosak, boleh rujuk YOUTUBE untuk tutorialnya.


 

5."Laptop" kerap mati sendiri



Untuk kes yang ini anda sememangnya tiada pilihan lagi, hantar sahaja ke kedai untuk dibaiki. kebiasaannya akan digantikan "motherboard" yang baru.

Itu sahaja  5 Tips daripada kami. Anda dialu-alukan untuk berkongsi ilmu diruangan komen ya, semoga bermanfaat.