5 Lagi Produk Apple Yang Gagal

Mungkin anda tidak tahu, sebelum iPhone dikeluarkan, Apple bergelut untuk menembusi pasaran gadget. Bermula dari komputer Macintosh dan konsol permainan, Apple telah melalui cabaran dan kesukaran menarik perhatian pengguna. Mari kita lihat senarai 5 lagi produk dari Apple yang gagal. (Sambungan dari aritikel 6 Produk Apple Yang Gagal )



1) Macintosh Portable (1989-1991)







Sebuah produk yang memiliki berat lebih kurang 7kg dan memiliki ketabalan 4 inci, ianya bukanlah protable. Namun, jika dilihat, ianya adalah pioneer dalam penghasilan Macbook yang kini disanjung ramai.







2) Apple ‘Hockey Puck’ Mouse (1998-2000)









Tetikus dari Apple ini yang seakan-akan sebiji epal sangat tidak mesra pengguna. Dengan saiz yang kecil dan sukar di kawal menjadikannya antara produk Apple yang gagal.



3) Apple eMate (1997-1998)







eMate dari Apple ini adalah sebuah kombinasi komputer riba dan PDA. Ianya bukanlah sebuah produk yang teruk. Namun, kerana pasarannya hanya tertumpu kepada institusi pendidikan, penjualan produk ini sangat rendah dan terhad sehinggakan ianya di buang daripada pasaran setahun selepas ia dikeluarkan.









4) 20th Anniversary Macintosh (1996-1997)







Produk ini juga dikenali sebagai TAM sempena meraikan ulang tahun Apple ke-20. Ianya bukanlah sebuah mesin yang teruk namun dengan harga mencecah $8000, ianya kurang mendapat sambutan. Tetapi mengikut sejarah, pereka asal produk ini adalah Jony Ive iaitu Chief Design Officer di Apple. Jony Ive adalah orang penting Apple dalam mencipta iPod, iPad, iPhone dan Macbooks. Tidak semua orang boleh terus berjaya tanpa kegagalan bukan?.








11) The U2 iPod (2004)







Edisi khas U2 iPod ini dikeluarkan sempena kumpulan rock U2 yang berharga $50 lebih dari model asal. Tiada perbezaan antara model ini dan model asal, cuma ianya memiliki warna hitam dan tandatangan dari kumpulan tersebut. Maka penjualan produk ini tidak mencapai jangkaan Apple.