5 Kesilapan Yang Tidak Patut Dilakukan Oleh Pengguna Telefon Pintar

Telefon pintar boleh dianggap sebagai barang keperluan mahupun kemahuan pada hari ini. Ia kerana sesetengah daripada kita mungkin menganggap cukup sekadar “boleh WhatsApp, boleh call” sahaja.

Namun sebahagian yang lain pula menganggap memiliki sebuah telefon pintar canggih adalah satu kebanggaan bagi mereka. Akan tetapi sesuai dengan kecanggihannya, harga jualannya juga pasti lebih tinggi.

Tak kira phone murah atau mahal, perasan atau tidak kebanyakan dari kita hanya menjaga peranti dengan baik dalam tempoh beberapa bulan sejak ia dibeli sahaja. Selepas itu, kita seperti tidak mengendahkan lagi telefon tersebut.

Ini kerana kebiasaannya selepas tempoh itu, telefon pintar pasti akan mula mengalami masalah. Namun, sedar atau tidak, masalah itu selalunya berpunca dari kesilapan kita sendiri. Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan 5 kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pengguna telefon pintar.

1. Tidak Mengemaskini Perisian Sistem dan Aplikasi

Apple

Ia adalah salah satu kesilapan yang paling sering dilakukan. Kemaskini sistem dan aplikasi adalah penting bagi memastikan peranti terlindung daripada ancaman, terutamanya dari segi keselamatan.

2. Tidak Menggunakan Alat Pengecasan Yang Diiktiraf

Menggunakan alat pengecasan yang tidak diiktiraf adalah amat berisiko untuk kesihatan bateri peranti anda. Ia biasanya boleh menyebabkan bateri terlebih cas, sekaligus memendekkan usia bateri atau lebih teruk lagi, peranti boleh meletup.

3. Muat Turun Aplikasi Dari Laman Sesawang Yang Tidak Selamat

Business Insider

Ramai daripada kita yang memuat turun aplikasi daripada laman sesawang selain daripada gedung aplikasi yang sah(Google Play Store, Apple Appstore dsb).

Jika muat turun dibuat daripada laman sesawang yang tidak selamat, berkemungkinan besar fail yang dimuat turun mengandungi virus/malware.

4. Tidak Membersihkan Peranti Dengan Bahan Anti-Bakteria

Bulan lalu, kami ada menulis artikel mengenai “Bakteria Pada Telefon Pintar 10 Kali Lebih Banyak Berbanding Tandas Duduk”.  Ya, ia adalah fakta.

Oleh itu, kita sepatutnya membersihkan peranti sekurang-kurang seminggu sekali dengan bahan anti-bakteria terutamanya di bahagian hadapan. Ini kerana ia adalah bahagian yang paling banyak disentuh oleh jari-jemari kita.

5. Jailbreak Atau Rooting Tanpa Pengetahuan Lengkap

Gadget Hacks

Jailbreak atau Rooting ini membolehkan pengguna mengakses tetapan sistem tersembunyi sekaligus membolehkan pengguna melakukan lebih banyak ubahsuai kepada peranti anda.

Pada asasnya, ia tidak patut dilakukan kerana ia akan menyebabkan peranti anda kehilangan perlindungan daripada pengeluar/pembangun sistem operasi. Namun, jika anda masih mahu melakukannya, pastikan anda mempunyai kemahiran dan pengetahuan penuh mengenainya terlebih dahulu.

 

Sumber: Make Use Of     Techapprise

 

Amir Zakwan

Amir Zakwan

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408