5 Kesan Negatif Sekiranya Anda Membeli Telefon "Clone"

Sekali pandang, telefon tiruan ini tiada bezanya berbanding dengan yang asli. Harganya juga jauh lebih murah.

Namun begitu, tahukah anda bahawa terdapat beberapa kesan "buruk" sekiranya anda menggunakan peranti tersebut ? Berikut kami kongsikan 5 kesan negatif peranti tiruan.

1. Mudah rosak

Jika anda membeli peranti klon dengan harga yang murah, sudah tentu tidak akan memiliki spesifikasi yang sama dengan asli. Akan terdapat banyak pengurangan di beberapa bahagian hardware seperti kamera, layar,  bateri bahkan ada yang menggunakan barangan terpakai. Hal ini tentu membuat anda kurang puas dalam menggunakannya dan akan cepat rosak.



 

2. Sukar dibaiki sekiranya rosak

Selain mudah rosak, smartfon klon juga jarang menyediakan service centre bagi para penggunanya. Tentu hal ini akan membuat anda sukar untuk membaik pulih peranti sekiranya berlaku kerosakan.



 

3. Tidak dapat kemaskini perisian

Peranti pintar sememangnya memerlukan update software terbaru demi meningkatkan tahap keselamatan sistem peranti tersebut. Namun, jika anda membeli peranti tiruan, berkemungkinan proses kemaskini akan terbatas ataupun tiada langsung.



 

4. Hilangnya privasi

dengan menggunakan peranti tiruan, secara tidak langsung akan memberi kesan kepada tahap privasi peranti. Sebagai contohnya akhir-akhir ini, salah satu perusahaan software di Shanghai yang telah menyebarkan data pengguna lebih dari 700 juta smartphone dan kebanyakan data tersebut adalah smartphone tiruan yang berharga murah.



 

5. Tidak mempunyai teman untuk berkongsi

Kebanyakan pengguna smartphone original mempunyai komuniti yang akan membantu, sekiranya smartfon anda mengalami masalah. Hal ini berbeza dengan pengguna peranti tieuan yang jarang mempunyai komuniti untuk berkongsi masalah sekiranya peranti anda menghadapi kerosakan atau sebagainya.



 

Itulkah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat

Berkaitan