5 Kereta Futuristik Yang Mungkin Berada Di Pasaran Di Masa Hadapan


















1. Mercedes Benz BIOME


Mercedez Benz semestinya berada di kelompok yang mempunyai keupayaan teknologi yang canggih dalam industri kereta.Kini mereka bukan sahaja mahu menukar rekaan kereta mereka, malah mereka mahu menukar cara kereta itu dibuat.Kereta yang diberi nama Biome ini pertama kalinya di persembahkan di Los Angelas Design Challenge yang memiliki rekaan yang sangat unik. Dengan menggunakan bahan semulajadi yang memiliki ciri yang sangat ringgan dan kuat dipanggil BioFibre.












2. Toyota iRoad



Kebanyakkan syarikat pembuatan kereta hari ini semakin menumpu perhatian kepada kemudahan pengangkutan individu yang kecil dan mudah untuk di bawa di kawasan bandar yang sesak. Toyota dengan itu menghasilkan rekaan prototaip yang diberi nama iROAD. Ianya bersaiz kecil seperti separuh saiz kereta sedan. Rekaan ini semestinya memudahkan lagi orang awam untuk parking dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.Jurutera Toyota turut memberi jaminan bahawa rekaan iROAD ini lebih selamat berbanding motosikal, dengan memilik rangka luar yang kuat dan juga memiliki ciri ciri keselamatan yang lain.













 
3. Kia Pop


Dengan kebanyakkan syarikat pembuat kereta kini lebih cenderung untuk menggunakan idea kereta elektrik dalam usaha untuk mengawal aktiviti pemanasan global. Kia menunjukkan jawapan mereka dengan Kia Pop. Dengan rekaan yang unik dan selesa, pengguna dapat merasakan seperti berada dalam cerita science fiction. Rekaan yang ringan supaya mudah dikawal terutamanya di kawasan bandar. Kereta elektrik ini dapat berjalan sehingga kira kira 160 km dengan hanya satu kali cas.












4. Toyota Nori



Toyota pertama kalinya mempersembahkan idea Nori ini pada tahun 2010 di Lod Angeles Auto Show. Selain bercirikan mesra alam, Nori juga merupakan kereta pertama dengan design podular yakni casis dan badan kereta bukan dua bahagian yang berbeza tetapi kombinasi keduanya sekali. Ini dapat membantu Nori dalam membentuk kereta kos murah kerana ia memerlukan bahan yang sedikit. Rekaan ini juga dapat membantu dalam memberi ciri kereta ringan dan merendahkan berat kereta itu. Rekaan ini juga menggunakan bateri solar untuk membantu menggerakkan enjin elektrik.












5. BMW GINA


BMW GINA, rekaan dari syarikat German ini telah dibentuk pada tahun 2001. Rekaan ini telah mendapat perhatian kerana diperbuat dari bahan yang unik. Berbeza dengan kereta buatan jenama lain, yang diperbuat dengan bahan yang ringan dan kuat seperti aluminium atau gentian karbon, BMW GINA mengunakan fabric yang sangat kuat dan mudah di renggang ke casis kereta. Fabric yang digunakan juga difahamkan boleh berubah ke pelbagai bentuk.Ciri ciri istimewa yang lain adalah seperti kerusi dan stereng yang dapat digerakkan secara automatik mengikut kesesuaian pengguna.