5 Kelemahan Peranti Pintar "Bezel-Less"

Mutakhir ini memang menjadi suatu "Trend" kepada pengeluar produk peranti pintar dengan menawarkan peranti dengan layar penuh atau dikenali sebagai "Bezel-less". Pada pandangan fizikalnya memang kelihatan cantik dan "smart" , namun tahukah anda bahawa peranti dengan layar jenis tersebut hadir dengan banyak kelemahan.

Berikut kami senaraikan 5 kelemahan peranti dengan ciri "Bezel-less" .

1.Perlindungan daripada hentakan

Kewujudan bezel pada peranti pintar bukanlah sekadar perhiasan semata-mata, salah satu fungsinya adalah sebagai penyerap hentakan agar layar tidak mudah pecah ataupun retak.



2.Tempat terkumpulnya pelbagai sensor

Antara fungsi lain bezel ialah sebagai tempat pemasangan sensor tambahan seperti finger print dan kamera depan. Apabila dimasukkan ciri bezel-less maka ruangan tersebut terpaksa dialihkan dan dipasang pada tempat yang kurang sesuai yang mana perkara ini boleh memberi kesan pada kualiti dan daya ketahan cip peranti.



3.Menahan jari daripada tersentuh layar

Bezel pada peranti pintar berfungsi sebagai tempat untuk anda memengang peranti agar tidak tersentuh layar. Memang agak leceh sekiranya anda selalu tersentuh skrin tanpa sengaja ketika menaip ataupun sedang bermain permainan video.



4.Kurang serasi dengan "casing"

Layar dengan ciri bezel-less akan menyukarkan anda mendapatkan "casing" yang sesuai kerana akan terjadi masalah "casing" menutupi ruangan layar.



5.Output layar lebih cantik dengan kehadiran bezel

Video dan gambar akan kelihatan lebih cantik dengan kehadiran bezel. Kerana bezel akan memberikan kesan yang lebih artistik.



 

Itulah sedikit sebanyak pandangan daripada kami, apapun erpulanglah kepada penilaian diri sendiri, maklumlah peranti dengan ciri bezel-less ini agak mahal harganya, "Tepuk dada tanyalah wallet". Semoga bermanfaat.

Berkaitan