Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Kelemahan Peranti Pintar “Bezel-Less”

5 Kelemahan Peranti Pintar “Bezel-Less”

Diterbitkan Oktober 23, 2017 · Dikemas kini Mei 18, 2018 oleh Tips Gajet

Mutakhir ini memang menjadi suatu “Trend” kepada pengeluar produk peranti pintar dengan menawarkan peranti dengan layar penuh atau dikenali sebagai “Bezel-less”. Pada pandangan fizikalnya memang kelihatan cantik dan “smart” , namun tahukah anda bahawa peranti dengan layar jenis tersebut hadir dengan banyak kelemahan.

Berikut kami senaraikan 5 kelemahan peranti dengan ciri “Bezel-less” .

1.Perlindungan daripada hentakan

Kewujudan bezel pada peranti pintar bukanlah sekadar perhiasan semata-mata, salah satu fungsinya adalah sebagai penyerap hentakan agar layar tidak mudah pecah ataupun retak.

5 Kelemahan Peranti Pintar “Bezel-Less”

2.Tempat terkumpulnya pelbagai sensor

Antara fungsi lain bezel ialah sebagai tempat pemasangan sensor tambahan seperti finger print dan kamera depan. Apabila dimasukkan ciri bezel-less maka ruangan tersebut terpaksa dialihkan dan dipasang pada tempat yang kurang sesuai yang mana perkara ini boleh memberi kesan pada kualiti dan daya ketahan cip peranti.

5 Kelemahan Peranti Pintar “Bezel-Less”

3.Menahan jari daripada tersentuh layar

Bezel pada peranti pintar berfungsi sebagai tempat untuk anda memengang peranti agar tidak tersentuh layar. Memang agak leceh sekiranya anda selalu tersentuh skrin tanpa sengaja ketika menaip ataupun sedang bermain permainan video.

5 Kelemahan Peranti Pintar “Bezel-Less”

4.Kurang serasi dengan “casing”

Layar dengan ciri bezel-less akan menyukarkan anda mendapatkan “casing” yang sesuai kerana akan terjadi masalah “casing” menutupi ruangan layar.

5 Kelemahan Peranti Pintar “Bezel-Less”

5.Output layar lebih cantik dengan kehadiran bezel

Video dan gambar akan kelihatan lebih cantik dengan kehadiran bezel. Kerana bezel akan memberikan kesan yang lebih artistik.

5 Kelemahan Peranti Pintar “Bezel-Less”

 

Itulah sedikit sebanyak pandangan daripada kami, apapun erpulanglah kepada penilaian diri sendiri, maklumlah peranti dengan ciri bezel-less ini agak mahal harganya, “Tepuk dada tanyalah wallet”. Semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MITI Bakal Lancar Aplikasi Mudah Alih Sistem Saham Khas Bumiputera
  • 11 Pencipta Kandungan Wakili Malaysia Di TikTok Awards Southeast Asia 2026
  • Kebakaran Di Indonesia Bersamaan 18 Kali Ganda Saiz Bandar London
  • Syarikat Cip Korea Selatan Bangunkan Cip AI Rendah Haba Hingga Tidak Mencairkan Mentega
  • Skyro Kini Di Malaysia, Tawar Pinjaman Tunai Digital Sehingga RM1,000
  • 5 Perkara Menarik Yang Patut Anda Tahu Tentang Anthropic
  • (Ulasan) CMF Speaker M — Rupa Macam Kotak Susu, Bunyi Tak Mengecewakan
  • Pelajar UPM Kaji Potensi Sisa Kopi Untuk Teknologi Rawatan Kanser
©2026 WISER.MY