5 Kamera Nokia 9 PureView Hanya Setanding iPhone 7 Berdasarkan Ujian DxOMark

Pada acara MWC2019 yang berlangsung pada Februari lalu, Nokia 9 PureView merupakan salah satu peranti yang mendapat perhatian kerana dilengkapi dengan sistem 5 kamera belakang. Menampilkan tiga lensa 12MP monokrom (f/1.8) dan dua  lensa 12MP RGB (f/1.8), namun hasil gambarnya tidaklah seperti apa yang diharapkan untuk sebuah peranti flagship keluaran 2019.



Berdasarkan penilaian daripada DxOMark, mata keseluruhan yang diperoleh Nokia 9 PureView lebih rendah berbanding iPhone 7 Plus yang kini hampir mencecah usia tiga tahun.



Dari segi rakaman foto, Nokia 9 PureView diberikan 88 mata menerusi beberapa sub-kategori dikatakan agak lemah kecuali bahagian Bokeh yang agak cemerlang dengan 55 mata selain ciri autofokus dengan 90 mata.

Bagi rakaman video pula, ia memperoleh 80 mata dimana hanya sub-kategori penstabilan dilihat menawarkan prestasi yang baik berbanding yang lain. Untuk laporan penuh dari DxOMark untuk Nokia 9 PureView boleh lanjutkan bacaan disini.