5 Telefon Pintar Terbaik Dengan Kapasiti Bateri Yang Besar

Semasa membeli sebebuah peranti, pasti anda akan melihat kepada jenama, harga, kualiti kamera, RAM dan GB sesuatu telefon pintar. Tetapi memandangkan penggunaan telefon kini lebih meluas, kapasiti bateri semakin diambil perhatian oleh pembeli telefon pintar hari ini.

Perkara ini amat penting kerana ia bergantung kepada penggunaan anda. Sekiranya anda suka bermain game, semestinya anda memerlukan bateri telefon yang berkapasiti besar kerana ia mampu bertahan lebih lama. Oleh itu, kali ini kami akan bawakan kepada anda lima telefon dengan kapasiti bateri terbesar setakat ini.

1. POCO F1

Kapsyen: Kredit: www.trustedreviews.com


Peranti ini telah dilancarkan pada bulan Ogos yang lepas. Ia antara keluaran terbaru xiaomi dan dijual bermula dengan harga RM1299. Walaupun ia dijual dengan harga yang mampu milik, spesifikasi yang dilengkapkan dalam peranti ini juga mencuri perhatian umum. Pocophone F1 juga menggunakan cip terpantas iaitu Qualcomm Snapdragon 845.

Manakala untuk kapasiti bateri pula, peranti ini hadir dengan 4000mAh. Kapasiti sebesar ini amat penting buat Poco F1 memandang ia sering digunakan untuk bermain permainan video oleh kebanyakan pengguna.

2. Mi Max 2

Kapsyen: Kredit: www.theverge.com


Pada 2017, Xioami telah keluar dengan Mi Max 2 dan dijual dengan harga bawah RM2000. Ia hadir dengan storan 64/128GB serta memorinya 4GB RAM. Apa yang menarik pada peranti ini ialah kapasiti baterinya sebesar 5300mAh.

Penyediaan pengecasan yang pantas membolehkan anda mengecas sehingga 68% dalam masa sejam. Menurut Xioami dengan kapasiti bateri ini, ia boleh bertahan selama 2 hari penggunaan tanpa masalah.

3. Asus Zenfone Max Pro M1

Kapsyen: Kredit: www.digit.in


Asus Zenfone Max Pro M1 telah dilancarkan di Malaysia secara rasmi pada Mei lalu. Peranti ini hadir dengan memori 6GB RAM dan storan sehingga 64GB. Ia juga dilengkapi dengan skrin 6 inci dan menggunakan cip Snapdragon 636.

Kapasiti bateri peranti ini mencuri perhatian kerana setinggi 5000mAh. Ia didakwa mampu bertahan sehingga 8 jam permainan, jadi bagi kaki games di luar sana peranti ini yang dengan anda. Walaupun dengan penggunaan berat, peranti ini masih lagi mampu bertahan lebih lama berbanding kebanyakan model lain.

4.  Xiaomi Redmi Note 5 Pro

Kapsyen: Kredit: www.deccanchronicle.com


Tahun ini Xioami melancarkan pelbagai keluaran baru. Pada April lalu, Xiaomi Redmi Note 5 Pro telah dilancarkan di Malaysia. Ia hadir dengan dwi kamera dan skrin 5.99 inci dengan paparan skrin FHD.

Storan sebesar 32/64 dan memori sehingga 3/4 RAM dan menyokong dual sim. Peranti ini mempunyai kapasiti bateri sehingga 4000mAh. Sebagai antara peranti kelas bajet terbaik yang pernah dihasilkan, kapasiti bateri ini dilihat bersesuaian dengan gaya penggunaan kebanyakan penggunanya.

5. OPPO A3s

Kapsyen: Kredit: www.notebookcheck.net


Oppo A3s telah ada di pasaran Malaysia sejak Julai lalu. Walaupun dijual pada harga mampu milik RM599 tetapi ia tampil sebagai sebuah peranti yang mempunyai reka bentuk yang menarik. Ia hadir dengan skrin FHD dan bersaiz 6.22 inci selain menggunakan Android Oreo dan sokongan dwi-kad sim.

Peranti ini menawarkan kapasiti bateri 4230mAh dan ia mampu bertahan sehingga 7 jam. Jadi anda tidak perlu risau untuk menggunakannya tanpa membawa bekalan bank kuasa bersama anda.

Walaupun ada beberapa model yang dilihat mempunyai kapasiti bateri besar seperti Samsung C9 Pro(4,000mAh) dan Moto E5(5,000mAh), beberapa perkara lain seperti sistem cip dan memori telah menjadi faktor yang dipertimbangkan semasa membuat senarai di atas.

Diharapkan perkongsian pada kali ini dapat membantu pembaca serba sedikit dalam memilih peranti yang bersesuaian dengan citarasa anda.

 

Sumber: TechRadar

Berkaitan