5 Gaming Laptop Bawah RM4000 Yang Boleh Anda Miliki

Walaupun permainan video semakin banyak dimainkan pada telefon pintar, ia bukanlah bermakna platform komputer dilupakan.

Sebahagian besar penggemar permainan video masih memilih komputer, kerana prestasinya lebih baik dan mampu memberikan pengalaman yang sudah semestinya berlainan dari telefon pintar.

Jika anda sedang mencari-cari komputer riba memfokuskan terhadap permainan video serta dijual dibawah nilai RM4000, berikut 5 model yang  dipertimbangkan.

1.Asus TUF FX504G (RM 3,149.00)



The Ultimate Force line (TUF) dikira sesuai bagi pembeli berjinak-jinak mahu mencari gaming laptop. Antara ciri yang dbawakan adalah sistem Anti-Dust Cooling, membenarkan permainan lebih lama.

  • Pemproses Intel Core  i7-8750H

  • RAM 4GB DDR4 2666MHz

  • 1TB SATA 5400rpm HDD

  • NVIDIA GeForce GTX 1050 4GB GDDR5


2. HP Pavilion Gaming Laptop (RM 3,112.00)



Reka bentuknya ringkas berwarna hitam dikemaskan lagi dengan lampu latar papan  kekunci warna ungu. Model paling ringan berbanding 4 model lain yang tersenarai. Mempunyai port USB C memudahkan sambungan ke peranti yang lain.

  • Pemproses Intel Core i7-8750U

  • 4GB DDR4 2666MHz SDRAM

  • 1TB HDD (SATA) 5400 RPM

  • NVIDIA GeForce GTX 1050 (2GB GDDR5 Dedicated)


3. MSI GL62M 7REX (RM 3,779.00)

Nama MSI turut menjadi bualan para pemain video, terutama sekali bagi siri GL. Dilengkapi dengan ciri pengawal suhu dinamik, Cooler Boost 4.

  • Pemproses Intel Core i7-7700HQ

  • RAM 4GB DDR4 - 2400

  • 128GB SSD + 1TB

  • nVidia Geforce GTX 1050 Ti, 4GB GDDR5


4. Lenovo Legion Y520 (RM 3,809.00)



Berada dalam siri Legion, cukup serasi memainkan permainan video berat yang terkini. Dihuni dengan perkakasan yang mampu memberikan prestasi terbaik secara konsisten.

  • Intel Core i7-7700HQ Processor 2.8GHz - 6M Cache, sehingga 3.80 GHz

  • RAM 4GB DDR4 - 2400

  • 128SSD + 1TB HDD

  • Nvidia GeForce GTX 1050Ti, 4GB GDDR5


5. Acer Nitro 5 (RM2,999.00)



Antara gaming laptop dengan harga terendah. Walaupun menggunakan Intel Core i5-8300H, namun gandingan bersama NVIDIA GeForce GTX1050 mampu menawarkan prestasi yang baik.

  • Intel Core i5-8300H (Turbo Boost 4.00GHz, 8MB Cache, Base Frequency 2.30GHz)

  • 4GB DDR4 Memory RAM (Boleh dinaik taraf sehingga 16GB DDR4 x 2)

  • 1TB HDD (SATA)

  • NVIDIA GeForce GTX 1050, 4 GB GDDR5


Senarai adalah harga rasmi untuk pasaran tempatan dimana anda mungkin boleh memilikinya dengan nilai yang lebih rendah bergantung kepada penjual.

Sumber: Gamehubs