5 Gajet Bawah RM 500 Yang Berbaloi Untuk Dibeli (Oktober 2020)

Kita sudah sampai ke suku terakhir tahun 2020 dan banyak gajet yang dilancarkan pada tahun ini. Jika anda sedang mencari gajet untuk dibeli sama ada untuk dijadikan hadiah mahupun kegunaan sendiri, ini adalah 5 gajet yang berbaloi untuk dibeli pada tanda harga bawah RM 500.

Huawei Watch Fit




Huawei Watch Fit baru sahaja dilancarkan pada September yang lalu. Ia hadir dengan skrin AMOLED 1.64 inci dengan 96 mod bersenam serta memiliki Quick-Workout Animation.

Anda juga boleh menukar muka jam ini dengan gambar yang anda inginkan. Walaupun anda bukan pengguna peranti pintar Huawei, anda masih dapat pengalaman yang diinginkan dengan jam pintar ini.

Harga jualan bagi Huawei Watch Fit adalah RM 499 dan ia merupakan salah satu jam pintar yang berbaloi dibeli jika dibandingkan dengan jam pintar yang lain pada tanda harga ini.

Lazada: https://invol.co/cl1f2g0

Shopee: https://invol.co/cl1f2hj

Seagate Backup Plus Slim 4TB External Hard Drive




Jika anda gemar untuk menyimpan koleksi filem atau seorang penyunting gambar, sudah pasti anda memerlukan storan luaran bagi menyimpan fail tersebut atau menjadikannya sebagai backup.

Storan luaran dari Seagte ini hadir dengan rekaan yang nipis dan mudah dibawa. Ia menggunakan sambungan USB 3.0 dan boleh digunakan pada Windows atau Mac.

Turut diberikan jaminan 3 tahun daripada Seagate Malaysia, ia dijual pada harga RM 458 untuk storan bersaiz 4TB dan boleh dibeli melalui kedai rasmi Seagate di Shopee.

Lazada: https://invol.co/cl1f2il

Shopee: https://invol.co/cl1f2ke

DJI OSMO MOBILE 3




Walaupun setiap peranti pintar kini sudah banyak hadir dengan penstabilan imej optikal (OIS) apabila membuat rakaman video, anda masih memerlukan gimbal bagi mendapatkan rakaman yang lebih baik.

DJI Osmo Mobile 3 hadir dengan 3-axis bagi mengurangkan gegaran ketika membuat rakaman video. Ia ringan dan mudah dibawa disebabkan beratnya hanya 405g.

Anda juga boleh melakukan penyuntingan dan berkongsi secara terus menggunakan aplikasi dari DJI. Ia dijual pada harga RM 429 dan boleh dibeli melalui kedai rasmi DJI Malaysia di Shopee.

Lazada: https://invol.co/cl1f2n7

Shopee: https://invol.co/cl1f2mp

LG Tone Free HBS-FN6




LG Tone Free Earbuds adalah fon telinga yang dilengkapi pemacu 6mm dan ditala oleh pakar audio Britain, Meridian.

LG menjanjikan 6 jam penggunaan dengan 12 jam tambahan melalui pod pengecasan. Terdapat ciri pembersih UV terbina yang mampu membersihkan fon telinga ini.

Selain itu, anda boleh memuat turun aplikasi Tone Free dimana anda dapat melakukan penyesuaian equalizers untuk fon telinga ini. Ia dijual pada harga RM 499 sempena 10.10.

JBL Flip 4 Portable Waterproof Bluetooth Speaker




JBL terkenal dengan produk-produk untuk sistem audio. JBL Flip 4 ini merupakan pembesar suara Bluetooth.

Ia boleh membuat sambungan sehingga 2 peranti pintar atau tablet serta mempunyai pembesar stereo.

Dimuatkan dengan bateri berkapasiti 3000mAh dan menyokong sehingga 12 jam penggunaan. Pembesar suara ini juga mempunyai penarafan kalis air IPX7 dimana anda boleh membawanya ke dalam air.

JBL Flip 4 ini dijual pada harga RM 499 dan boleh dibeli melalui kedai rasmi JBL di Shopee.

Lazada: https://invol.co/cl1f2r1

Shopee: https://invol.co/cl1f2rk

Berkaitan