5 Ciri OxygenOS Menarik Pada Telefon OnePlus Untuk Pengguna Android Minimalis

OxygenOS yang merupakan sistem perisian pada telefon OnePlus yang telah bertapak sejak dari tahun 2016. Ia seakan stock Android, namun hadir dengan beberapa pengubahsuaian tersendiri untuk menjadikan OxygenOS unik dan tiada didapati pada mana-mana telefon pesaing lain.

Sehubungan dengan itu, kami akan membawakan kepada anda 5 ciri OxygenOS menarik yang terdapat pada telefon OnePlus.

Pantas Dan Lancar, Ringkas Dan Ringan


Perisian OnePlus merupakan antara sistem operasi yang dipuji oleh para pengulas dari seluruh dunia. Ia pantas, lancar dan juga ringan menjadikan OxygenOS antara perisian paling didambakan oleh peminat tegar Android.



Sama ada membuka aplikasi, ataupun membuka mod multi-kerja, OxygenOS akan memastikan animasi kekal pantas dan lancar.

Gestur Navigasi Licin


Menavigasi antara muka lebih imersif dengan gestur OnePlus berasaskan Android 10. Ditambah pula dengan kadar segar semula 90Hz, ia mewujudkan pengalaman menggunakan peranti yang unik jarang terdapat pada telefon pintar lain.

Take A Closer Look At OnePlus OxygenOS 11 UI: Gallery

Pengguna boleh luncur ke atas untuk ke home screen, luncur dan kemudiannya pegun untuk membuka mod multi-kerja serta kiri atau kanan untuk kembali semula ke laman sebelumnya.

Ia ringkas dan natural jadi pengguna tanpa sedar akan terbiasa menggunakannya walaupun untuk pengguna yang baru.

Tema Gelap Lebih Jimat Bateri


OnePlus merupakan antara pelopor awal yang memberikan pengguna pilihan untuk menggunakan tema gelap pada telefon pintar. Tema gelap pada OnePlus lebih unik berbanding kebanyakan telefon lain kerana ia menawarkan pengubahsuaian warna yang pelbagai.

OxygenOS on OnePlus 8 Series Introduces New Dark Theme, Live ...

Disebabkan OnePlus menggunakan paparan jenis OLED, ia akan menjimatkan bateri seterusnya lebih memanjangkan lagi penggunaan telefon pintar.

Pengubahsuaian Untuk Personaliti Diri


Walaupun perisiannya ringkas dan bersih, OnePlus tetap mempunyai pengubahsuaian sendiri untuk pengguna mencubanya. Daripada ikon, tulisan, tema, dan pelbagai lagi, pengguna boleh bertukar-tukar dan mencuba pengubahsuaian yang disukai.

Introducing the New Features on Android 10 - OnePlus Community

Ia juga mewujudkan satu personaliti untuk diri pengguna untuk lebih menyerlah citarasa sendiri.

Zen Mode Untuk Lebih Fokus


Adakalanya telefon pintar menyebabkan pengguna ketagih dan dan tidak menjadi fokus untuk membuat kerja. Dengan OxygenOS OnePlus, Zen Mode boleh membantu pengguna untuk fokus membuat kerja.

Get Zen Mode from the OnePlus 7 Pro for your existing OnePlus ...

Senang sahaja, buka aplikasi Zen Mode, setkan masa seberapa lama yang dikehendaki, dan fokus tinggalkan telefon anda. Namun jangan risau, anda masih boleh membuat panggilan serta menerimanya.

OxygenOS hanya boleh didapati pada telefon OnePlus sahaja. Untuk mengalami sendiri penawaran perisian ini, OnePlus Nord sekarang sudah mula dijual di kedai atas talian rasmi Shopee.

Ia hadir dengan cip Snapdragon 765G, RAM sehingga 12GB serta storan dalaman sehingga 256GB. Paparan telefon adalah 90Hz AMOLED dengan saiz 6.44 inci resolusi Full HD+.

Terdapat kuad kamera dengan 48MP utama, 8MP sudut lebar, 5MP depth dan 2MP makro manakala swafoto pula adalah 32MP utama dan 8MP sudut lebar.

Bateri yang dimuatkan berkapasiti 4,100mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W Warp Charge 30T mereka melalui USB-C.

OnePlus dipasarkan bermula RM1,799 untuk model 8GB RAM manakala RM2,399 untuk 12GB RAM.

Untuk maklumat lanjut mengenai OnePlus Nord, boleh layari laman rasmi OnePlus Nord Malaysia atau singgah ke akaun Instagram OnePlus Nord Malaysia.

Selain itu, OnePlus juga membuat penawaran bundle di mana anda akan mendapat percuma fon telinga OnePlus Buds dengan pembelian OnePlus Nord. Manakala pembelian asing OnePlus Buds boleh dibeli melalui kedai atas talian Shopee juga.

*Artikel ini dibawakan oleh OnePlus Malaysia