5 Cerita Untuk Kiev Major

Sebagai major pertama untuk tahun ini dan juga major sebelum The International 7, Kiev Major berpotensi untuk untuk melakar sesuatu yang epik.

Masih Ada Yang Disimpan Oleh Mereka?

IG dac

Beraksi dengan penuh cemerlang apabila tiba ke acara utama, sebahagian pasukan boleh mengejutkan sebahagian pasukan pilihan dalam sekelip mata.

Layak ke Kiev Major, 2 pasukan yang dilihat boleh memberi aksi yang menajubkan seperti yang mereka tunjukkan di acara besar Valve sebelum ini.

Invictus Gaming dan Mousesports (Ad-Finem) pasti tidak sabar untuk memperlihatkan kemampuan mereka kepada dunia setelah sebelum ini dianggap sebagai pasukan kerdil atau juga telah melepasi zaman kegemilangan mereka.

Kejayaan Invictus Gaming baru-baru ini atau dikenali sebagai kebangkitan BurNing telah mengejutkan pemerhati di DAC 2017 dengan mengetepikan gergasi pilihan, OG dengan hanya 3 dari 5 perlawanan.

Mousesport pula telah mengambil bekas pemain Ad-Finem yang telah memberi aksi yang memukau di Boston Major.

Sejak daripada Boston Major, pasukan ini dilihat tidak konsisten dengan permainan mereka dan mewujudkan keraguan samada mereka dapat meniru aksi mereka di Boston Major.

Cerita Penebusan

Team Faceless

Semua orang suka tentang penebusan kekalahan.

Faceless yang banyak kali gagal di peringkat antarabangsa kebelakangan ini.

Untuk rantau Asia Tenggara pula, mereka merupakan pasukan yang mendominasi rantau itu dengan sedikit tentangan.

Mereka tidak memenangi satu perlawanan di DAC 2017 pada peringkat kumpulan dengan kedudukan terakhir di dalam kumpulan mereka.

Di 'lower bracket' mereka telah berjaya menghalang kemaraan satu pasukan pilihan pertandingan, OG dan menghantar pasukan itu pulang awal.

Tidak lama selepas itu, Faceless menghadapi aksi buruk dalam kelayakan Summit 7 dimana mereka 2 kali dalam bulan yang sama menduduki tempat terakhir dalam kumpulan mereka tanpa satu kemenangan.

Baru-baru ini pula mereka layak untuk ke Manila Masters selepas mengalahkan Mineski pada aksi final.

Persoalanya sekarang, dapatkah Faceless menebus diri mereka pada tahap antarabangsa.

Underdog

SG players

Inspirasi selalunya datang dari sebuah impian.

Kebanyakkan orang suka tentang cerita tentang pasukan bukan pilihan mengalahkan pasukan besar lain.

Dalam dunia profesional Dota 2, rantau Amerika Selatan dilihat sebagai rantau yang paling lemah di antara rantau-rantau lain.

Valve pula mencuba sesuatu yang baru dengan memberi peluang kepada rantau ini untuk menghantar wakil mereka tanpa perlu bertanding dengan pasukan Amerika Utara yang lain.

SG e-Sports layak ke Kiev Major dengan mencipta sejarah sebagai pasukan Brazil pertama yang layak ke acara Valve.

Gergasi Pon Boleh Tumbang

ogeg

Hanya satu pemenang yang akan dipilih.

Dengan taruhan yang besar pasti memberi tekanan yang besar kepada pasukan pilihan untuk menang dalam perlawanan mereka.

Kadang kala tekanan yang besar itu boleh mempengaruhi permainan mereka seperti apa yang kita boleh lihat di DAC 2017 dimana Evil Geniuses dan Wings Gaming terkeluar dari pertandingan.

EG dengan aksi biasa mendapat tempat ke-6 dan Wings Gaming sebagai juara bertahan TI keluar awal dari pertandingan.

Wings telah menampilkan aksi yang kurang bermaya  selepas mereka menang di TI 6.

Dalam komuniti Dota 2, gelaran juara TI boleh dipanggil sebagai sumpahan kerana menghancurkan pasukan yang dulu merupakan gergasi dalam permainan ini.

Di mana sekarang pasukan NaVi, dan Alliance?

Pasukan Tuan Rumah

Virtus.Pro

Bermain di tempat sendiri, pasukan tersebut mungkin mendapat kelebihan dari sokongan penonton.

Dengan sorakan penonton tempatan boleh membakar semangat pemain-pemain ini bagi mempamerkan aksi yang bertenaga.

Virtus.Pro merupakan satu-satunya pasukan dari rantau CIS yang beraksi dalam pertandingan ini.

Pasukan ini juga disebut sebagai pilihan jika dilihat kepada prestasi mereka sebelum ini.

Dengan dua pemain mereka yang berasal dari Ukrain pasti akan mendapat sokongan yang hebat dari penonton nanti.

Sumber