5 "Bluetooth Headphone" Terbaik Mampu Milik

Kepada anda yang gemarkan muzik, sememangnya sangat puas sekiranya dapat menghayati bait - bait lagu dengan fon telinga yang berkualiti.

Kepada anda yang masih tercari - cari fon telinga denga sambungan Bluetooth, berikut kami kongsikan 5 yang terbaik boleh anda pilih.

1. Creative Sund Blaster Jam (RM 312)



Fon tanpa wayar berjenama Creative Sound Blaster Jam menyampaikan audio yang kuat dan mempunyai badan yang ringan serta harga yang menarik. Sesuai bagi pengguna yang sentiasa sibuk, peranti ini mempunyai sambungan NFC bagi one-touch pairing, hayat bateri yang baik dan jarak kadar bluetooth yang memberangsangkan.

 

2. Skull Candy Grind Wireless (RM 449)



Fon Kepala  Skullcandy Grind Wireless memberikan gaya dan pengalaman bunyi yang cemerlang. Terdapat dalam beberapa skim warna yang menarik perhatian, peranti ini mempunyai mempunyai kualiti ciri-ciri yang kukuh, pad telinga yang lembut dan bateri yang boleh tahan sehingga 12 jam. Jika ianya anda kehabisan bateri, anda bolehlah menggunakan cable audio untuk meneruskan penggunaan.

 

3. JBL Duet BT (RM 249)



Peranti tanpa wayar Duet BT yang berwarna-warni oleh JBL menyampaikan pengalaman bunyi bass-dominated, menjadikannya hebat bagi gaya muzik moden, permainan atau menonton filem. Dengan bateri yang bertahan sehingga 16 jam dan pada masa yang sama anda boleh menyambung alat dengar tersebut kepada dua peranti.

 

4. Sony MDRZX220BT (RM 493)



Fon Telinga Sony’s MDRZX220BT mempunyai hayat bateri sehingga lapan jam, serta NFC ( near-field communication) untuk one-touch pairing dengan telefon pintar yang serasi. Seperti yang dijangkakan oleh produk Sony, Fon telinga ini dapat menghasilkan bunyi yang sangat baik, walaubagaimanapun adalah lebih baik sekiranya kapasiti bateri di besarkan sedikit.

 

5. Jabra Move (RM 329)



Peranti ini mempunyai reka bentuk Scandinavia yang anggun, pilihan warna yang kotemporari dan badan yang ringan, tahan jatuh. Bunyi yang cemerlang, mudah untuk berpasangan dengan telefon pintar kegemaran anda, tablet atau komputer riba dan kawalan intuitif membuatkan Jabra Move tersenarai dalam  ini.

 

Penafian : Harga yang disenaraikan adalah untuk rujukan semata - mata, ianya mungkin akan berubah bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pengedar atas talian.

 

 

Berkaitan