5 Benda Baru Yang Ada Pada PUBG Mobile Musim 4

Aplikasi permainan popular mudah alih, PUBG, kini sudahpun memasuki musim ke-4 sejak 20 November 2018 yang lalu.

Menerusi kemaskini musim baru ini, sejumlah pembaharuan telah dibawa kepada pemain dan jom kita lihat apa yang boleh anda dapat kali ini.

1. Mod Hardcore di peta Erangel



Sudahpun dirasai oleh pemain pada versi komputer. Mod Hardcore ini menguji kemahiran perang pemain kerana ia tidak memaparkan sebarang bunyi dan simbol tapak kaki atau kawasan tembakan pada peta mini disebelah atas kanan.

Mod ini menyukarkan pemain untuk mengenalpasti kedudukan musuh dan pastinya peperangan lebih mendebarkan. Mod ini tersedia dalam tempoh tertentu yang dipanggil sebagai "Hardcore Week".

2. Senjata dan kenderaan baru



Kemaskini baru ini juga menampilkan skuter untuk peta Sanhok. Senapang automatik baru iaitu M762 sudah diperkenalkan serta boleh didapati pada semua peta. Ia dilengkapi dengan 3 mod tembakan.

Turut ditambah pada peta Sanhok adalah cuaca yang lebih dinamik seperti hujan , berkabus dan guruh (dia punya berdentum boleh buat telefon tercampak).



3. Royal Pass musim 4



PUBG kini memberikan manfaat tambahan jika mereka membeli Royal Pass. Dua Royal Pass baru akan ditambah pada harga yang sama seperti musim lalu.

Pass ini mempunyai sehingga tahap 100 RP dan cabaran mingguan. Bagi pemain yang tidak membeli pas-pas ini, mereka masih boleh mendapatkan ganjaran yang baik.

4. Karakter dan pakaian baru

Untuk pemegang Royal Pass, terdapat dua karakter baru (lelaki dan perempuan) dengan beberapa gaya rambut baru.

5. Sistem chat baru

Tencent Games membawakan sistem chat yang baru dimana ia dikatakan lebih ringan dengan pengunaan RAM yang lebih renda berbanding sistem sedia ada.

Difahamkan juga, peta dengan latarbelakang salji akan muncul mungkin pada pertengahan musim sepertimana mereka memperkenalkan peta Sanhok pada musim lalu.

Sumber: App Inventiv