5 Asal Usul Ciptaan Hebat Yang Ramai Tak Hargai

Jom kita tengok senarai ciptaan yang memberi impak dalam kehidupun seharian kita tetapi tidak mendapat penghargaan yang sepatutnya. Asyik-asyik steve job je. Kita tengok pulak pencipta-pencipta lain. Kami tak senaraikan telefon, drone etc sebab cliche.

Sila Like page FB kami

1. Pengesan Asap


Smoke detector with smoke

Sekitar tahun 1930, seorang ahli fizik dari Switzerland, Walter Jaeger cuba untuk mencipta sensor gas beracun. Beliau menjangkakan gas yang masuk ke dalam sensor tersebut akan melalui proses ionisasi molekul udara dan akan menyebabkan arus elektrik berubah.

Instrumen tersebut gagal. Konsentrasi gas yang kecil tidak memberikan kesan kepada sensornya. Akibat rasa putus asa, Jaeger membakar rokok beliau dan asap yang dilepaskan telah menyebabkan meter yang disambungkan mencatat pergerakkan arus.

Tetapi alat pengesan asap pertama yang dipasarkan secara rasmi direka oleh Duane D.Pearsall dan Stanley Bennett Peterson pada tahun 1965, berbentuk bulat dan bewarna putih, kekal sampai sekarang.

2. Pen Mata Bulat


maxresdefault

Paten pertama pen mata bulat dihasilkan oleh John J.Loud pada 30 Oktober 1888, seorang pembuat barang kulit. Beliau sedang mencuba mencari bagaimana cara untuk menulis di atas produk kulitnya.

Oleh itu beliau mencipta paten mata pen bulat dengan menggunakan bola besi disokong oleh soket. Paten beliau tidak dikomersialkan lalu dibiarkan begitu sahaja.

Kemudian pada tahun 1941, Lászlo Bíró dan rakannya Juan Jorge Meyne memfailkan paten rekaan pen mata bulat di Argentina. Lászlo Bíró pada mulanya rimas apabila pen dakwat cair selalu meninggalkan kesan comot dan kerja penulisan terpaksa dihasilkan semula.

Rekaan beliau mendapat perhatian British dan kemudian mereka menghasilkan pen mata bulat secara besar-besaran, digunakan semasa perang dunia pertama dan sehingga kini.

3. Zip


depositphotos_9657461-stock-photo-zip-jeans-detail

Pada tahun 1851 Elias Howe, pencipta mesin jahit menerima satu paten dari "Automatic, Continuous Clothing Closure". Beliau merasakan rekaan tersebut tidak bersesuaian dengan cara jahitan beliau.

42 tahun kemudian, Whitcomb Judson, mula menggunakan rekaan tersebut dengan menjenamakannya sebagai 'Clasp Locker'. Pada mulanya ianya berfungsi menyerupai konsep cangkuk. Kemudian seorang ahli perniagaan, Colonel Lewis Walker mula memberikan dana kepada Judson.

Mereka menghasilkan rekaan yang lebih serupa dengan 'Zip' pada ketika ini, dengan adanya landasan besi yang mencengkam kepala zip. Clasp Locker dihasilkan besar-besaran dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1893 di Chicago World's Fair.

Gelaran Zipper diberikan oleh sebuah syarikat dari British, B. F. Goodrich Company pada tahun 1923.

Bayangkan kalau dunia sekarang ni tak ada zip, takkan pakai jeans sarung ye dak?

4. Alat Kawalan Jauh TV


 

 

unnamed

Alat kawalan jauh untuk mengawal televisyen pertama sekali dibina oleh  Zenith Radio Corporation in 1950. Alat tersebut digelarkan 'Lazy Bones', disambungkan ke TV dengan wayar. Peranti ini ditujukan untuk golongan yang malas bangun dari sofa untuk tukar siaran TV.

Alat kawalan jauh TV tanpa wayar pula dihasilkan pada tahun 1955 oleh Eugune Polley. Peranti yang digelar 'Flashmatic' ini berfungsi dengan menghasilkan pancaran cahaya ke sel fotoelektrik. Peranti yang digelar 'Flashmatic' ini.

Tetapi pancaran cahaya haruslah tepat ke arah sensor. Pada tahun 1956, Robert Adler pula membina "Zenith Space Command", sejenis alat kawalan jauh tanpa wayar yang beroperasi secara mekanikal dan menggunakan ultrasound untuk mengubah siaran TV, setiap butang menghasilkan frekuensi yang berbeza.

Kemudian pada tahun 1973, barulah rekaan alat kawalan TV yang seperti kita lihat sekarang muncul. Ianya diperkenalkan oleh servis Ceefax oleh BBC. Mereka mempamerkan rekaan butang yang mempunyai banyak fungsi seperti butang warna, volume, siaran dan sebagainya.

5. Mesin Taip


2012-02-09manual-typewriter-0209stock

Terdapat banyak sumber tentang idea asal rekaan mesin taip. Tetapi Rev. Rasmus Malling-Hansen, seorang warga Denmark pada mulanya yang memperkenalkan konsep mesin taip yang boleh berfungsi pada tahun 1865. Beliau menggelarkannya sebagai The Hansen ball. Mesin taip dengan rekaan bulat.

In 1865, Rev. Rasmus Malling-Hansen of Denmark invented the Hansen Writing Ball, which went into commercial production in 1870 and was the first commercially sold typewriter

Kemudian pada tahun 1868 sekumpulan warga Amerika Syarikat, Christopher Latham Sholes, Frank Haven Hall, Carlos Glidden and Samuel W. Soule memperkenalkan mesin taip berbentuk empat segi di di Milwaukee, Wisconsin. Ia digelar 'Sholes and Glidden Type-writer'.

Walaupun penciptanya sendiri Scholes tidak percaya akan produk tersebut, malah beliau juga tidak mengalu-alukan untuk orang lain menggunakannya. Ianya seperti gabungan piano dan meja dapur. Kemudian rekaan tersebut diubah suai dan dipatenkan oleh Matthias Schwalbach.

Paten tersebut kemudian dijual kepada Densmore and Yost dan kemudiannya memasarkan produk tersebut secara komersial dengan menggunakan rekaan QWERTY. Setiap butang direka secara condong supaya penulis dapat melihat huruf di setiap butang.

Rekaan tersebut kemudian ditambahbaik dan di ubah-ubah sehinggalah mesin taip menampakkan rekaan standard dan kemudiannya menjadi leper seperti papan kekunci PC dan laptop yang semua orang gunakan sekarang.

Sumber: Wikipedia