5 Aplikasi Untuk Mengubah Wajah Pada Android

Seringkali anda terlihat gambar yang telah ditukar wajah dan pelbagai lagi suntingan menarik muncul pada Facebook wall. Kepada anda yang masih tertanya - tanya tentang aplikasi yang digunakan untuk membuat suntingan menarik sedemikian, berikut kami kongsikan 5 aplikasi yang boleh anda cuba pada Android.

1. Face swap booth - Face changer



Aplikasi yang digunakan untuk menukar wajah pada foto. Sangat menarik dan mudah digunakan.

2. Face swap - Photo face swap



Juga untuk menukar wajah, apa yang menariknya ia datang dengan fungsi Face bomb effect yang mana membolehkan anda mengubah sejumlah wajah dalam gambar kepada wajah yang sama.

3. Face changer 2



Sesuai dengan namanya, aplikasi ini diantara yang popular dan kerap dimuat turun, dengan pelbagai fungsi menarik seperti mengubah wajah manusia, binatang dan suntingan yang sangat unik.

Aplikasi ini akan mengudang gelak ketawa anda.

4. Funny photo editor



Aplikasi ini menyediakan pelbagai sticker lucu yang lengkap, aplikasi ini sangat popular dan sudah dimuat turun melebihi 4 juta pengguna.

5. Photo warp +



Kepada anda yang suka menyakat kawan - kawan, boleh sahaja memuat turun aplikasi ini, ianya sangat mudah digunakan. Dengan hanya menyentuh bahagian wajah tertentu pada gambar, anda dapat menjadikannya kepada sesuatu yang sangat lucu.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan