5 Aplikasi Terbaik Untuk Pelajar, Boleh Belajar Sambil Bermain Trivia

Sesi persekolahan baru sahaja bermula dan sudah tentu kehidupan pelajar menjadi semakin sukar apabila memasuki sekolah menengah dan seterusnya. Di bawah ini kami sediakan beberapa aplikasi terbaik untuk pelajar yang boleh membantu menyelesaikan tugasan yang diberi.

1. Office Lens




Office Lens merupakan satu aplikasi dari Microsoft yang membolehkan anda memotong, menambah, dan menjadikan gambar dari dokumen dan papan putih boleh dibaca dan disunting. Seperti mempunyai pengimbas di dalam poket, Office Lens akan mendigitalkan nota di papan putih ataupun papan hitam.

Aplikasi ini mempunyai penarafan 4.5 bintang di App Store dan 4.8 bintang di Google Play.

2. OneDrive


Aplikasi Terbaik Untuk Pelajar

OneDrive adalah perkhidmatan storan awan yang juga dikeluarkan oleh Microsoft. Dengan aplikasi ini, anda boleh berkongsi dokumen, gambar, dan fail lain seperti Word, Excel, PowerPoint ke peranti Android, iOS, komputer walau di mana sahaja anda berada.

Aplikasi ini menyediakan 5GB storan awan secara percuma dan boleh dinaiktaraf dengan melanggan Office 365 untuk mendapatkan 1 TB storan.

OneDrive menerima penarafan 4.7 bintang di App Store dan 4.6 bintang di Google Play.

3. Photomath




PhotoMath adalah aplikasi yang boleh menyelesaikan masalah matematik dengan hanya menunjuk kamera anda kepada soalan matematik yang dinyatakan. Aplikasi ini berfungsi hampir serupa dengan pembaca QR, dan menunjukkan kepada anda penyelesaian masalah dalam beberapa saat.

Salah satu manfaat utama PhotoMath berbanding dengan aplikasi lain yang serupa adalah ia membolehkan anda melihat transkripsi lengkap langkah demi langkah operasi untuk mencari penyelesaian. Ini bermakna, PhotoMath membolehkan anda melihat setiap langkah operasi dan bukannya jawapan sahaja.

Penarafan bagi PhotoMath di App Store adalah sebanyak 4.8 bintang. Manakala, PhotoMath yang menjadi pilihan editor di Google Play menerima penarafan 4.7 bintang.

4. WPS Office


Aplikasi Terbaik Untuk Pelajar

WPS Office (sebelum ini dikenali sebagai Kingsoft Office) adalah aplikasi yang membolehkan anda membuka, menyunting dan berkongsi fail secara langsung pada telefon atau tablet anda. Ia boleh didapati dalam 45 bahasa yang berbeza.

Antara muka aplikasi adalah sangat mesra pengguna kerana membolehkan anda melakukan kerja tanpa sebarang masalah atau komplikasi, dengan menggunakan gerak isyarat yang mudah.

Anda boleh bekerja dengan dokumen, spreadsheet, dan slaid persembahan, kerana aplikasi ini menyokong kebanyakan format yang paling banyak digunakan ketika membuat dan menyunting fail iaitu DOC, DOCX, TXT, XLS, XLSX, PPT, PPTX dan PDF (walaupun fail PDF hanya boleh dilihat).

WPS Office secara praktikal menawarkan semua ciri yang ditawarkan oleh mana-mana suite komersial, tetapi secara percuma. Yang terbaik, ia serasi dengan semua format yang paling terkenal dan membolehkan anda membuat sebarang jenis suntingan secara langsung pada peranti anda.

Aplikasi ini menerima penarafan 4.4 bintang di App Store dan 4.3 bintang di Google Play. WPS Office juga telah dimuat turun lebih 1.3 billion di Google Play dan menerima Google Play Terbaik pada 2015.

5. Kahoot!


Aplikasi Terbaik Untuk Pelajar

Kahoot! adalah aplikasi untuk belajar tentang banyak topik yang berbeza sambil juga berseronok dengan bermain trivia. Anda boleh bermain bersendirian atau melawan pemain lain dalam talian dan sebagainya.

Apa yang anda perlu lakukan untuk mula bermain adalah memilih salah satu permainan trivia yang tersedia. Bergantung kepada masa tertentu, anda juga boleh mencari tema permainan trivia.

Soalan trivia di Kahoot! meliputi pelbagai topik, jadi anda akan menyelesaikan pusingan penuh hanya dalam beberapa minit. Anda hanya akan mempunyai beberapa saat untuk menjawab setiap soalan; dengan cara itu, tiada siapa yang mempunyai masa untuk mencari jawapan dalam talian. Sesiapa yang mempunyai skor tertinggi pada akhir permainan akan menjadi pemenang.

Kahoot! adalah cara yang bagus untuk mempelajari banyak topik yang berbeza sambil bermain permainan trivia yang menyeronokkan. Bahagian yang terbaik ialah anda boleh belajar sambil bermain dengan menentang rakan kelas dan sebagainya.

Aplikasi ini mempunyai penarafan 4.2 bintang di Google Play dan 4.6 bintang di App Store.

Sumber: uptodown

Berkaitan