Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Aplikasi Ramalan Cuaca Yang Dapat Bantu Anda Ketika Musim Hujan

5 Aplikasi Ramalan Cuaca Yang Dapat Bantu Anda Ketika Musim Hujan

Diterbitkan Januari 5, 2022 · Dikemas kini Julai 23, 2022 oleh Amsyar Latif

Sejak kebelakangan ini, negara kita dilanda hujan yang kerap.

Oleh yang demikian, untuk memudahkan anda merancang perjalanan atau aktiviti harian, ini adalah lima aplikasi ramalan cuaca yang boleh anda gunakan.

myCuaca

5 Aplikasi Ramalan Cuaca Yang Dapat Bantu Anda Ketika Musim Hujan

myCuaca merupakan aplikasi rasmi yang dibangunkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Segala data yang diperlihatkan adalah daripada MetMalaysia sendiri.

Terdapat maklumat yang diberikan seperti ramalan cuaca harian setiap negeri, amaran hujan lebat atau ribut petir, maklumat berkaitan gempa bumi, imej satelit dan radar, angin kencang serta ramalan cuaca mengikut lokasi. Apa yang penting adalah aplikasi ini percuma.

Muat turun – Android, iOS

TheWeatherChannel

5 Aplikasi Ramalan Cuaca Yang Dapat Bantu Anda Ketika Musim Hujan

Aplikasi ini menerima penilaian yang agak tinggi sebagai aplikasi ramalan cuaca terbaik. Antara mukanya juga lebih kemas dan mudah untuk digunakan.

Anda boleh ketahui ramalan langsung, harian, setiap jam atau beberapa hari ke hadapan (jika anda naik taraf akaun premium). Walaupun ada fungsi berbayar tetapi versi percuma ini pun sudah cukup memadai.

Selain itu, ia turut memaparkan tahap pencemaran udara di kawasan anda, suhu, kelajuan angin dan indeks sinara ultra-violet (UV).

Muat turun – Android, iOS

Rain Alarm

rain alarm

Seperti namanya, aplikasi ini mengkhususkan untuk cuaca hujan. Ia memaparkan keadaan semasa bagi setiap lokasi.

Namun, mungkin anda berasa sedikit pening memandangkan antara mukanya berbentuk peta ibarat sedang menonton laporan kaji cuaca. Di samping itu, kelebihannya adalah anda dapat mengetahui kawasan mana yang sedang mengalami hujan yang lebat atau sebagainya.

Muat turun – Android, iOS

Windy.com

5 Aplikasi Ramalan Cuaca Yang Dapat Bantu Anda Ketika Musim Hujan

Aplikasi ini antara yang terbaik dalam carta di iOS dan Android. Ia memberikan laporan suhu semasa lokasi anda, kelajuan angin, kebarangkalian hujan renyai atau lebat, ombak serta kualiti udara.

Seperti aplikasi Rain Alarm dan TheWeatherChannel, Windy juga ada versi berbayar.

Muat turun – Android, iOS

AccuWeather: Weather Alerts

5 Aplikasi Ramalan Cuaca Yang Dapat Bantu Anda Ketika Musim Hujan

AccuWeather juga antara aplikasi yang terbaik. Ia bukan sahaja melaporkan suhu, kelajuan angin, ramalan hujan, tahap kelembapan, kualiti semasa udara tetapi juga boleh membaca berita berkaitan cuaca di seluruh dunia.

Muat turun – Android, iOS

Apa-apa pun, diharapkan anda semua berhati-hati dan rancanglah perjalanan anda dengan baik terutama dengan musim begini.

Foto utama: thephotoargus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY