5 Aplikasi Percuma Untuk Belajar Bahasa Inggeris

Khusus untuk anda yang ingin menambahbaik kemahiran berbahasa inggeris, berikut kami kongsikan 5 aplikasi peranti pintar yang boleh membantu anda dalam meningkatkan kemahiran bahasa antarabangsa tersebut.

1. Duolingo



Aplikasi berasaskan permainan ini, sangat membantu bagi meningkatkan asas dalam bahasa inggeris. Terdapat 23 jenis permainan yang melibatkan Noun,verbs dan pelbagai lagi kemahiran asas bahasa inggeris. Untuk pengguna yang sudah mahir boleh sahaja mencuba aras yang tinggi pada aplikasi ini.

2. Lingbe



Kepada anda yang mempunyai masalah dalam kemahiran impromtu, aplikasi ini akan sangat membantu. Anda akan dihubungkan kepada pengguna yang lain untuk saling bertutur dalam bahasa inggeris. Sekiranya diamalkan secara harian, kemahiran bertutur akan meningkat dengan pantas.

3. Memrise



Aplikasi ini telah mendapat pengiktirafan Google pada tahun 2017, sangat menarik dengan video dan permainan berasaskan bahasa inggeris dapat membantu penggunanya mengusai bahasa tersebut dengan pantas.

4. Awabe



Terdapat lebih 400 ayat yang tersedia untuk membantu anda menguasai bahasa inggeris. Selain daripada itu terdapat juga permainan, video dan kamus yang sangat menarik dan mesra pengguna.

5. Learn English daily



berbeza dengan aplikasi sebelumnya, Learn English Daily menyediakan beribu audio bagi membantu anda dalam menambahbaik sebutan inggeris yang betul.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan