5 aplikasi muzik percuma untuk peranti IOS dan Android

Suatu ketika dahulu, kita hanya mendengar muzik di Radio. Tetapi kini kita boleh mendengar muzik di pelbagai jenis aplikasi tidak kira masa dan di mana jua. Di sini saya senaraikan 5 aplikasi percuma yang boleh anda gunakan untuk mendengar muzik.

Kredit: http://astrotarot.net

1.Spotify

Kredit: www.howtogeek.com

Spotify adalah antara aplikasi muzik yang paling luas di dunia dengan 83 juta pengguna berbayar serta menyediakan lebih 35 trek lagu. Anda hanya perlu masukkan email anda ke aplikasi ini dan sedia untuk mendengar muzik.

Aplikasi ini bertindak seperti radio, tetapi yang istimewanya anda boleh memilih lagu dari artis yang anda minat. Pelbagai genre lagu yang anda boleh dengar menggunakan aplikasi ini tidak kira melayu, inggeris dan bahasa-bahasa lain.

2. JOOX

Kredit: https://kacangkepo.wordpress.com

JOOX diperkenalkan pada Januari 2005 oleh Tencent. Aplikasi ini membolehkan anda mendengar muzik tempatan dan juga antarabangsa. Selain itu, ia juga hadir dengan ciri istimewa iaitu sokongan paparan lirik lagu english dan juga melayu.

Anda perlu membayar RM RM 14.90/bulan, RM40.90/3bulan, RM73.90/6bulan, bagi mendapatkan akses premium.

3. Pandora

Kredit: www.howtogeek.com

Pandora sama seperti aplikasi muzik yang lain. Anda hanya perlu masukkan tajuk lagu serta nama penyanyi. Ciri yang berbeza dalam aplikasi ini ialah anda perlu membuat akaun terlebih dahulu sebelum dapat menggunakannya.

4. SoundCloud

Kredit; www.howtogeek.com

SoundCloud juga boleh dimuat turun di aplikasi android dan ios. Aplikasi ini menyediakan berjuta-juta trek yang boleh anda dengarkan. Ia juga memberikan anda akses yang cepat.

5. Tune In

Kredit: www.howtogeek.com

Tune In adalah sebuah aplikasi yang lengkap dengan pelbagai ciri. Anda bukan hanya boleh mendengar muzik, tetapi dalam masa yang sama anda boleh mengetahui berita semasa seperti sukan. Selain boleh mendengar radio, anda juga boleh mencari lagu dan penyanyi yang anda minati.

Tidak kira aplikasi mana pun menjadi pilihan anda, kesemua peranti ini mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Anda gunakan aplikasi yang mana?

Sumber: howtogeek

 

Marlya Syafikah

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408