5 Aplikasi Alternatif Kepada Whatsapp

Whastapp sebagai aplikasi komunikasi nombor satu Malaysia sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi, Namun tahukah anda yang terdapat pelbagai aplikasi yang seakan sama dengan Whastapp yang boleh dicuba. Ada diantaranya yang menyediakan tahap keselamatan yang lagi baik berbanding WhatsApp.

Berikut 5 aplikasi perbualan yang boleh anda cuba.

1. Signal



Ianya adalah percuma dan mempunyai tahap enkripsi yang sangat tinggi, sangat sesuai untuk anda yang inginkan perbualan yang lebih selamat. Aplikasi ini juga menyediakan tetapan agar perbualan yang sebelumnya akan terhapus tersendiri dalam sela masa yang ditetapkan agar ianya tidak terdedah kepada pihak ketiga.

 

2. Threema



Juga sangat privasi dengan tahap enkripsi yang tinggi. Anda boleh melakukan pengesahan perbualan denga menggunakan kod QR. Segala perbualan, perkongsian fail dan mesej suara akan dilindungi dengan tahap enkripsi yang tinggi.

 

3. Telegram



Aplikasi kedua paling banyak digunakan selepas WhatsApp. Tidak perlu diperkenalkan lagi, terdapat pelbagai fungsi yang menarik disediakan.

4. Wire



Boleh didapati secara percuma dan berbayar, bergantung kepada keperluan masing - masing. Menyediakan panggilan video berkumpulan yang sangat berkualiti.

5. Riot - IM



Menyediakan fngsi seakan aplikasi WhatsApp, namun tahap keselamatannya agak sedikit kurang berbanding dengan yang lain. Namun begitu, paparan antara mukanya agak menarik.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan