4 Tips Untuk Mengatasi Masalah "Shutdown" Pada Mac

Kepada anda yang baru beralih kepada komputer jenis Apple, berikut kami kongsikan beberapa tips yang boleh membantu anda yang masih belum biasa dengan sistem operasi keluaran Apple ini.

Walaupun peranti Mac terkenal dengan kebolehpercayaan sistem operasinya, namun ada beberapa kes yang mana boleh mengganggu proses Shutdown sekiranya tidak diselesaikan. Sekiranya ia berlaku anda boleh cuba kaedah - kaeadah berikut.

1. "Print Task"

Salah satu punca yang boleh menjadi penyebab kepada masalah ini ialah tugas percetakan yang tidak siap ataupun sempurna dijalankan. Apa yang peru dilakukan ialah dengan masuk ke Apple Menu > Printers & Scanner pada bahagian System preferences. Pilih Printer dan anda akan lihat Print Queue, klik Delete Tasks, selesai.

2. Menutup Aplikasi

Siapa sangka, Aplikasi yang dibuka terlalu banyak juga boleh menyebabkan memori peranti menjadi "Crammed" dan ianya juga akan memperlahankan prestasi peranti dengan sistem operasi lama. Sekiranya tidak ditutup sebahagiannya, ia mungkin boleh mengganggu proses Shutdown. Apapun, anda boleh mematikan perisian tersebut dengan menekan kekunci cmd+Q atau cmd+option+Esc untuk memilih aplikasi dan memaksanya untuk dimatikan.

3. Ruang simpanan yang penuh

Kepada peranti yang mempunyai ruangan simpanan yang penuh, mungkin akan mengakibatkan terjadi masalah peranti lambat untuk di matikan. Apa yang perlu dilakukan, kosongkan sedikit ruangan daripada aplikasi atau data yang anda tidak perlukan. Ini akan membantu PC agar senang dimatikan.

4. Clear Caches

Kepada peranti Mac yang mengalami masalah prestasi menurun, terutamanya bagi peranti yang sudah lama, boleh cuba untuk memadamkan ingatkan caches peranti. Caranya dengan menekan dan tahan kekunci Shift dan tombol Power secara serentak ketika peranti dihidupkan. Anda akan dapati peranti akan masuk ke paparan safe mode, jangan lepaskan kekunci tersebut sehingga muncul tetingkap Login.

Padam Caches dengan menaipĀ ~/Library/Caches pada ruangan Spotlight. Delete isi kandungan Folder tersebut dengan tanpa memadan Folder. Selesai.

 

Itulah sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan