4 Tips Dari CFM Bagi Mengelakkan Data Peribadi Anda Dicuri

Tips ini dari pihak Forum Konsumer Malaysia.


Adakah anda banyak menerima mesej SMS, WhatsApp dan Emel daripada orang yang tidak dikenali?

Anda perlu berhati-hati kerana ia mungkin petanda bahawa data peribadi anda telah dicuri oleh pihak Scammer.

Berikutan daripada isu kecurian data peribadi yang kerap berlaku di kalangan pengguna di Malaysia, pihak Forum Konsumer Malaysia (CFM) telah berkongsikan tips bagi mengelakkan pengguna dari menjadi mangsa kecurian data peribadi.

Berikut adalah 4 tips dari CFM kepada pengguna bagi mengelakkan menjadi mangsa kecurian data peribadi:-

1. Emel alternatif


Jangan beri nombor telefon peribadi anda untuk mendapatkan hadiah percuma atau baucar promosi. Fikir dahulu sebelum anda benar-benar perlu memberikan nombor telefon anda.

Pengguna dinasihatkan membuat emel alternatif jika perlu mendaftar untuk mendapatkan hadiah percuma dan baucar percuma.

2. Baca terma


Berhati-hati apabila mendaftar untuk sebarang pertandingan dan cabutan bertuah. Baca terma pertandingan dengan teliti sama ada penganjur pertandingan akan berkongsi data anda kepada pihak lain.

3. Sentiasa waspada 


Sentiasa waspada apabila mendaftar di mana-mana laman sesawang. Fikir dahulu sebelum memberikan nombor telefon anda sekiranya pendaftaran di laman sesawang itu betul-betul memerlukan maklumat nombor telefon anda.

4. Dapatkan maklumat yang tepat


Sebelum memuat turun sebarang aplikasi pada telefon pintar anda, baca polisi privasi dan dapatkan maklumat yang tepat

Jadi diharapkan dengan tips ini, anda akan lebih peka sekaligus mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan dan kecurian data peribadi.

Forum Konsumer Malaysia (CFM) adalah badan kawalselia kendiri yang berada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di bawah naungan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Berkaitan