4 Telefon Pintar Mampu Milik Terbaik - Mengikut Takuk Harga Masing-Masing





12 Ogos - Dulu, harga sebuah telefon pintar boleh mencecah ribuan ringgit dan boleh dikatakan hanya mereka yang 'atas-atas' sahaja boleh memilikinya. Tetapi kini, dengan persaingan yang sengit - dibantu pula dengan perkembangan teknologi dari negara China - telefon pintar boleh didapati dengan harga yang murah dan berpatutan.



Bagi memenuhi permintaan, syarikat-syarikat pengeluar telefon pintar mula mengeluarkan telefon bajet. Dan ini adalah telefon-telefon bajet terbaik pada takuk harga masing-masing.



*Harga telefon ini diambil dari laman jual beli online, Amazon.



1 - $100 : BLU R1 HD







Dengan bajet serendah $100 (RM 400) BLU R1 HD boleh didapatkan secara ekslusif di laman beli belah Amazon. Tapi, apa yang kurang senang dengan telefon ini adalah ia didatangkan dengan aplikasi-aplikasi renyah dan juga iklan di skrin kekunci dari Amazon.





2 - $200 - $300: Lenovo Moto G4





Sejujurnya, telefon Moto tahun ini mempunyai beberapa isu seperti tidak lagi kalis air dan cip Snapdragon 617 yang digunakan dikatakan tidak begitu lancar jika dibandingkan dengan telefon Moto sebelum ini.



Dengan harga $200 diantara - $300 (RM 800 - RM 1200), Moto G4 didatangkan dengan skrin 1080p, badan yang cantik, bateri berkapasiti besar dan kamera yang 'boleh tahan'.





3 - $300 - $400: LG Nexus 5X





Jika bajet anda lebih dari RM1,000, Nexus 5X ini patut diletakkan dalam senarai anda. Skrin 1080p bersaiz 5.2 inci, cip Snapdragon 808 dan kamera 12.3 mengapiksel menjadi taruhan telefon pintar ini.



Dengan harga $300 - $ 400 (RM1,200 - RM 1,600) apa yang ditawarkan itu agak berbaloi. Lebih-lebih lagi ia adalah sebuah Nexus - yang bermakna telefon itu akan sentiasa menerima kemas kini dari Google sendiri.



4 - $400 - $500: OnePlus 3









One Plus One satu ketika dahulu pernah menjadi popular kerana sistem pembeliannya yang agak unik dan diwar-warkan sebagai telefon untuk pembangun telefon pintar.



Tahun ini, One Plus mengeluarkan One Plus 3 dengan harga yang tidak mahal - $400 - $500 (RM 1,600 - RM 2,000) - jika dibandingkan dengan spesifikasinya. Ringkasnya, One Plus 3 boleh dikatakan tidak mempunyai kelemahan.



Dengan cip Snapdragon 820 dan 6GB RAM, telefon ini mengalahkan pesaing-pesaingnya yang rata-rata berharga lebih dari RM2,500 dan keatas dengan spesifikasi sama.

Berkaitan