4 Telefon Pintar Bawah RM1300 yang Boleh Anda Pilih





Kita sekarang dah pun memasuki bulan terakhir bagi separuh pertama tahun 2019. Dalam tempoh 6 bulan pertama ini, pembeli di Malaysia sedia dihidangkan dengan penawaran- penawaran menarik dari syarikat pengeluar.

Kali ini kita selami sedikit pasaran telefon pintar kelas pertengahan yang semakin hangat dibanjiri dengan pelbagai model. Setiap satu daripadanya hadir dengan spesifikasi dan rekaan tersendiri. Banyak faktor perlu dipertimbangkan sebelum membeli peranti seperti rekaan, jenis skrin paparan, sistem memori, cip pemprosesan, tetapan kamera, port sambungan, bicu audio, bateri dan paling penting harga yang berbaloi untuk dimiliki.

Untuk itu, pada perkongsian kali ini, kami senaraikan 4 buah model telefon pintar yang setiap satu daripadanya mempunyai kelebihan masing-masing dengan harga dalam lingkungan RM1300. Empat model telefon pintar yang akan kita akan bandingkan adalah Mi 9T, OPPO F11 Pro, Vivo V15 dan Samsung Galaxy A50.

Sebelum itu kita imbas spesifikasi ringkas model-model ini.
*Harga mengikut nilai jualan rasmi dan variasi memori yang ditawarkan iaitu dibawah RM1300. Anda boleh dapatkannya lebih murah menerusi promosi daripada pengedar.








Rekaan luar

Tak terkejut jika ada antara kita yang mementingkan rekaan peranti selain spesifikasi didalamnya. Peranti dalam kelas pertengahan sekarang tidak lagi nampak "murah" seperti beberapa tahun dahulu. Kita masih lagi nampak bergaya tanpa perlu berbelanja besar untuk mendapatkan sebuah telefon pintar yang cantik luarannya.



 

Memandang buat kali pertama, hanya tiga peranti yang kelihatan menarik dimata iaitu Mi 9T, F11 Pro, dan V15. Sementara pilihan warna Samsung agak sugul dan biasa sahaja. Mi 9T menampilkan corak lebih "garang" pada sisi belakang dan terdapat juga pilihan warna "Carbon Black" yang lebih cool. Bagi F11 Pro pula, ia menampilkan campuran tiga tona warna lebih kurang seperti V15 tetapi, model Vivo ini disertakan dengan garis-garis halus sebagai kemasan.

Walaupunbegitu, bagi kategori ini, pilihan anda mungkin akan terarah kepada Mi 9T dimana ia adalah satu-satunya daripada empat model diatas yang menggunapakai panel belakang kaca, dilindungi oleh Corning Gorilla generasi ke-5. Sementara baki yang lain hanya dilengkapkan dengan panel polikarbonat.

Mahukan telefon pintar yang cukup bergaya dan solid dalam pegangan tangan dibawah RM1300? Mi 9T jawabnya.

Skrin Paparan

LCD dengan AMOLED, anda pilih mana? Ya, semestinya AMOLED. Warna, ketajaman, serta perincian paparan jauh lebih baik disamping ia sudah terbukti menjimatkan penggunaan kuasa bateri jika digunakan bersama mod gelap.

Kapsyen: Mi 9T (atas) Galaxy A50 (bawah)


Mi 9T dan Galaxy A50 diperkuatkan dengan skrin AMOLED dan Super AMOLED, manakala dua lagi peranti menggunapakai skrin LCD.

Kapsyen: F11 Pro (atas), V15 (bawah)


Keupayaan Galaxy A50 tidak boleh dinafikan lagi prestasinya, namun Mi 9T masih mampu memberikan pengalaman hampir sama. Perbezaan yang ada hanyalah kecil dan adakalanya tidak perasan. Bagi penggunaan dikawasan luar, Mi 9T disediakan dengan Sunlight Mode 2.0 berfungsi menambahbaik kontras serta mengoptimumkan paparan warna. Dibawah panahan matahari, kecerahan skrin akan ditingkatkan sehingga 39% lebih cerah berbanding mode standard.

Perbandingan lain pula, nisbah skrin-ke-badan memperlihatkan Mi 9T lebih luas iaitu 91.9% dan Galaxy A50 hanya 84.9%. Ini disebabkan oleh ketiadaan takuk pada Mi 9T dimana kamera hadapan menggunakan mekanisme terangkat dan Galaxy A50 pula menampilkan takuk yang diisi dengan lensa 25MP. Jadinya, Mi 9T dilihat mempunyai kelebihan pada bahagian paparan bagi pengguna yang tidak mahukan takuk pada skrin dan bersedia menerima kamera hadapan terangkat.

Prestasi

Galaxy A50 hadir dengan cip Exynos 9610 yang dilapisi dengan sistem OneUI. Prestasi dari cip ini biasa sahaja dan kalau nak diceritakan, ia ibarat ditengah-tengah antara Snapdragon 660 dan Snapdragon 710. Namun, pembaharuan yang diberi pada antaramuka OneUI kelihatan lebih kemas dan ringkas. Sedikit mengecewakan kerana pengimbas cap jari pada paparan agak lambat bertindak.








Dua buah lagi model, F11 Pro dan V15 pula tampil dengan MediaTek Helio P70. Rata-rata daripada kita agak skeptikal bila menyebut cip ini. Namun melalui cip siri P ini, ada peningkatan yang diberikan kepadanya. Tiada masalah lag atau yang boleh isu-isu lain yang boleh membantutkan pengalaman penggunaan.

Mi 9T Pula tampil sebagai peranti pertama dalam pasaran Malaysia dikuasakan oleh cip Snapdragon 730, cip kelas pertengahan terbaru dari Qualcomm.



Prestasi yang ditunjukkan cip yang dibangunkan dengan proses 8nm ini melalui Mi 9T memberangsangkan. Tugasan harian serta permainan mudah alih dapat dijalankan dengan lancar. Sekali lagi, kita boleh nampak kelebihan Mi 9T pada bahagian ini.

Kamera

Mi 9T, F11 Pro dan V15 masing-masing mempunyai kamera terangkat yang tahan lasak. Seperti contoh Mi 9T, jaminan penggunaan mampu menjangkau 300,000 kali keluar masuk. Jadi, tidak perlu risau tentang panel keluar masuk itu kerana ketahanannya sudahpun diuji terlebih dahulu oleh syarikat pengeluar.

Kapsyen: Dari kiri: Mi 9T (ada LED disisi lensa), F11 Pro, V15


Selain itu, apa yang menarik adalah kamera terangkat Mi 9T dihiasi dengan lampu LED di sisi sensor kamera ditemani oleh ciri notifikasi LED pada bahagian atas panel kamera terangkat, memudahkan anda melihat notifikasi yang masuk ke dalam peranti.

Bahagian belakang pula berbeza dimana Mi 9T dan F11 Pro sahaja yang diberikan lensa 48MP. Hasil kamera yang ditunjukkan baik dan sudah memadai untuk dikongsi ke terus ke media sosial. Rakaman malam kedua-dua peranti ini lebih menonjol berbanding dua model yang lain. Jika diteliti pada rakaman malam, Mi 9T memberikan perincian kepada objek disamping kurang hingar (noise), sementara F11 Pro lebih terang dari segi tona warna.

V15 dan Galaxy A50 agak sedikit kurang pada bahagian dimana lensa utama yang digunakan adalah 12MP dan 25MP. Namun Vivo turut mempunyai peranti dengan 48MP dalam siri yang sama iaitu V15 Pro tetapi harganya lebih mahal sedikit. Bagi Galaxy A50 ia agak menghampakan kerana tidak mempunyai ciri HDR dan perlu mengubah kepada tetapan 12MP untuk mendapat hasil yang lebih baik.

Secara keseluruhan bagi kamera, Mi 9T dan F11 Pro menjadi pilihan. Rakaman malam model-model ini tidak mengecewakan untuk peranti yang dijual bawah RM1300, tetapi atas faktor kurang hingar, Mi 9T boleh dipertimbangkan.

Contoh gambar:









Bateri

Kesemua telefon dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4000mAh. Semuanya menawarkan screen on time yang memuaskan hati pengguna, tetapi  Snapdragon 730 memberikan lebih penjimatan kuasa berbanding yang lain. Kami pecahkan tempoh isian kuasa dari 0%-100% untuk keempat-empat model:

  • Mi 9T-1 jam 40 minit

  • OPPO F11 Pro-1 jam 25minit

  • Samsung Galaxy A50 - 1 jam 50 minit

  • Vivo V15 - 1 jam 40 minit









Dibahagian bateri kami rasa semua peranti memberikan jangka masa penggunaan yang cukup untuk tugasan sepanjang hari disamping bermain aplikasi mudah alih. Jika anda mementingkan jenis sambungan, Mi 9T dan Galaxy A50 dilengkapi dengan port USB-C, sementara F11 Pro dan V15 masih lagi dengan mikro USB.

Kesimpulan

Setelah diteliti semua model-model diatas, kesemuanya ada kelebihan dan daya penarik tersendiri. Tiada yang sempurna tetapi bersesuaian untuk cara penggunaan anda yang pelbagai. Ada yang tidak kisah dengan paparan, ada yang cukup sekadar bateri bertahan lama, ada yang mahukan rekaan cantik, dan macam-macam lagi.

Seperti yang telah diramal,  kehadiran Mi 9T dalam pasaran Malaysia mendapat sambutan yang menggalakkan. Cukup saja mendengar laporan ia habis terjual secara pra-tempah dalam hanya 2 jam sahaja di Lazada pada harga promosi RM1099 (harga sebenar RM1199 6GB/64GB).

Xiaomi dilihat masih mengekalkan "DNA" mereka pada setiap peranti yang diperkenalkan iaitu memberi pengalaman flagship pada harga yang lebih rendah. Binaannya premium disertakan dengan komponen dalam seperti Snapdragon 730, ia membuatkan ramai peminat tidak senang duduk.



 

Disebut-sebut sebagai "midrange killer", penawaran spesifikasi, kualiti binaan yang baik membuatkan peranti ini berbaloi untuk dimiliki dalam lingkungan harga bawah RM1300, malah lebih baik dari beberapa model yang diletakkan dengan nilai tinggi.

Kita boleh mengibaratkan Mi 9Tapau habis setiap penawaran kelas pertengahan yang berada dipasaran ketika ini. Kenapa perlu cari satu model yang hanya kuat dengan satu ciri bila anda mempunyai pilihan untuk merasai spesifikasi yang lebih seimbang dengan harga berpatutan menerusi Mi 9T?

Berminat untuk ketahui lebih lanjut mengenai Mi 9T? Boleh layari laman sesawang Mi Malaysia