4 Telefon Nokia Dilancarkan, Kelas Permulaan Tapi Guna Android 12

Semasa acara CES 2022, HMD Global melancarkan empat telefon Nokia berkelas permulaan baharu yang mana harganya bermula USD99 (~RM415). Telefon yang dimaksudkan itu ialah Nokia C100, Nokia C200, Nokia G100 dan Nokia G400 5G. Selain harganya yang 'mampu milik', kesemuanya menjalankan Android 12.

Nokia C100 dan Nokia C200




Kedua-dua peranti ini hadir dengan cip pemprosesan MediaTek Helio A22, memori 3GB RAM dan storan dalaman 32GB. Selain itu, turut didatangkan satu kamera belakang dan bateri 4000mAh dan skrin 6.1 inci. Masing-masing dijual USD99 (~RM415) dan USD119 (~RM499).

Nokia G100 dan Nokia G400 5G




Nokia G100 menampilkan skrin 6.5 inci HD+ yang dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 615 dan bateri 5000mAh. Di belakangnya hadir dengan tiga tetapan kamera. Sementara bahagian sisinya mempunyai pengimbas cap jari.

Nokia G400 pula, ia berkuasa sedikit berbanding yang lain. Tampil dengan skrin berkadar segar semula 120Hz, cip Snapdragon 480 5G, 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan tiga tetapan kamera yang merangkumi utama, ultra lebar dan makro.

Kedua-dua peranti ini dijual pada harga USD149 (~RM625) dan USD239 (~RM1000). Dengan ini, Nokia G400 adalah telefon 5G Nokia yang paling mampu milik.

Bagaimanapun, belum pasti sama ada kesemua telefon ini akan ditawarkan buat pasaran lain selain Amerika Syarikat.

Sumber: mysmartprice

Baca juga: