Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Akhirnya Membolehkan Anda ‘Mute’ Kenalan Atau Kumpulan Selamanya

Jika Ada 4 Tanda Ini Bermakna WhatsApp Anda Mungkin Telah Disekat Seseorang

Diterbitkan Oktober 8, 2020 · Dikemas kini Februari 26, 2022 oleh ariff bukhari

Anda mungkin tertanya-tanya mengapa tiada sebarang respon dari orang yang dihubungi selepas menghantar mesej atau panggilan video atau audio dibuat menerusi aplikasi WhtasApp.

Itu mungkin petanda bahawa mesej yang disampaikan anda itu tidak sampai pada orang yang cuba dihubungi kerana nombor WhatsApp anda telah disekat oleh individu tersebut.

Secara dasarnya, pengguna WhatsApp tidak mengetahui sama ada nombor mereka itu telah disekat oleh seseorang individu.

WhatsApp menyatakan ia adalah privasi bagi pengguna tersebut.

“We have made this intentionally ambiguous in order to protect your privacy when you block someone. Thus, we cannot tell you if you are being blocked by someone else.” WhatsApp.

Tetapi pihak WhatsApp ada memberikan panduan kepada penggunanya bagi mengetahui sama ada nombor mereka mungkin disekat oleh pengguna lain.

Berikut adalah tanda nombor anda disekat oleh individu di WhatsApp:-

1. Anda tidak lagi boleh  melihat tanda “dalam talian” (online) atau melihat status “terakhir dilihat hari ini pada” (last seen) kenalan anda itu dalam tetingkap sembang.

WhatsApp Image 2020-10-08 at 09.18.26 (1)

WhatsApp Image 2020-10-08 at 09.18.26

2. Tidak dapat melihat profail foto terbaru pengguna WhatsApp tersebut.

3. Sebarang mesej yang dihantar kepada kenalan yang telah menyekat anda akan sentiasa menunjukkan satu tanda semak sahaja (mesej dihantar) dan tidak pernah memaparkan tanda semak kedua yang menunjukkan mesej telah diterima oleh individu tersebut.

Screenshot 2020-10-08 at 09.27.58

4. Sebarang panggilan yang dibuat menerusi WhatsApp ke atas individu yang dihubungi itu tidak diterima oleh individu tersebut. Senang cerita, sebarang panggilan yang anda cuba lakukan tidak akan berjaya.

WhatsApp menyatakan bahawa sekiranya berlaku kesemua tanda di atas, itu bermakna individu yang cuba dihubungi anda itu berkemungkinan besar sudah menyekat nombor WhatsApp anda.

Walaubagaimanapun, WhatsApp memaklumkan masih terdapat kemungkinan lain yang boleh memungkinkan anda disekat oleh pengguna WhatsApp.

Sebagai contoh, kenalan anda mungkin telah menetapkan tetapan privasi mereka untuk menyembunyikan maklumat status terakhir dilihat atau dalam talian.

Atau anda pula mungkin telah menetapkan tetapan privasi anda untuk tidak berkongsi status terakhir dilihat anda.

Jika anda tidak berkongsi status terakhir dilihat, anda tidak dapat melihat status terakhir dilihat kenalan lain.

Sumber: WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY