4 Pelan Langganan Unifi Yang Termasuk Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Tawaran menarik kepada semua pengguna pelan Unifi berkaitan.


Dalam membantu rakyat Malaysia yang patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang wabak Covid-19, pihak TM telah pun menawarkan pakej-pakej istimewa kepada para pelanggannya.

Pakej-pakej itu adalah termasuk dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 27 Mac 2020.

Ia termasuklah pelanggan umum serta pelanggan yang menjalankan perniagaan yang menggunakan servis TM.

TM memaklumkan, pas LTE hotspot secara percuma bagi pengguna pelan  unifi Mobile pasca bayar.



TM juga menawarkan akses percuma ke semua saluran unifi TV (lebih 100 saluran) dan  20% diskaun untuk setiap filem pilihan perkhidmatan Video-onDemand (VOD). Ia termasuklah saluran premium dan unifi PlayTV.

Kapsyen: Berkenaan diskaun 20% untuk setiap filem pilihan itu, anda boleh dapatkan info lebih lanjut di laman Unifi.com.my.


TM juga turut menawarkan 7 hari data tanpa had kepada pelanggan unifi Mobile #BEBAS pra bayar.



Serta pas percuma LTE hotspot unifiMobile Biz bagi pelanggan unifi SME.

Kesemua penawaran istimewa ini hanya sah sehingga 14 April 2020 iaitu dalam tempoh Perintah Pergerakan Kawalan yang sedang dikuatkuasakan sekarang.

Sumber: TM Group