Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

4 Pelajar Sekolah Dari Kedah Raih Anugerah Inovasi Bangkok

Posted on Mac 25, 2026

4 pelajar Malaysia telah meraih kejayaan di Anugerah Inovasi Bangkok apabila membawa pulang dua pingat emas serta menduduki tempat kedua dalam kategori Kejuruteraan sekolah rendah.

Kejayaan ini dicapai oleh Ilaneyan Yuvarajan, Theerchanna a/p Muniandy dari SJKT KO SARANGAPANY serta Ilanarun Yuvarajan dan Elamaaran a/l Muniandy dari SMK Sultan Badlishah dari Kedah.

Kejayaan ini turut dikongsikan oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan dengan menyatakan bahawa pencapaian ini sebagai buktikan anak muda Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa melalui idea inovatif berimpak tinggi, sekali gus mengangkat nama negara dalam bidang STEM.

Beliau berharap kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada lebih ramai anak muda Malaysia untuk berani berinovasi dan mencipta kejayaan global, menjadikan Malaysia terus maju sebagai negara berdaya saing.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress