Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Mempercepatkan Pelaksanaan Projek-Projek Infrastruktur Pelan Gentian Optik & Kesalinghubungan Negara

TNB Sasar 4 Negeri Ini Untuk Perkhidmatan Internet Berkelajuan Tinggi Pada Tahun Hadapan

Diterbitkan Julai 14, 2020 · Dikemas kini Julai 14, 2020 oleh ariff bukhari

Manfaat daripada Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan bahawa negeri Melaka, Pulau Pinang, Kedah dan Johor bakal menikmati perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi menjelang suku pertama tahun depan daripada pembekal perkhidmatan internet.

Perkara ini dimaklumkan TNB menerusi laman rasmi Facebook mereka. Ia adalah hasil daripada pelaksanaan perluasan projek Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) ke seluruh negara.

https://www.facebook.com/TNBCareline/photos/a.395189897161342/3795160520497579/?type=3&theater

Seperti semua sedia maklum, pelan NFCP yang diusahakan Kerajaan adalah untuk menambah baik kesalinghubungan digital negara, terutamanya di kawasan luar bandar.

Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar talian tetap dan mudah alih, selain menyediakan asas bagi rangkaian baharu untuk teknologi 5G.

Menerusi pelaksanaan projek ini, dijangkakan capaian liputan jalur lebar akan dapat dicapai sehingga 98% di kawasan pedalaman dengan kelajuan minimum sekurang-kurangnya  30 Mbps.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
  • Kerajaan Tidak Tolak Kemungkinan Haramkan Waze Di Malaysia - PM Anwar
  • Filem AI Pertama China Berharga ~RM6.1 Juta Mula Ditayangkan Di Pawagam
©2026 WISER.MY