4 Kesan Buruk Aplikasi "HTTP Injector"

Banyak manfaat yang anda perolehi dengan menggunakan aplikasi HTTP Injector ini, salah satunya ialah dapat menggunakan perkhidmatan Internet percuma tanpa kuota. Akan tetapi, tahukah anda bahawa menggunakan aplikasi tesebut juga boleh mendatangkan bahaya atau dengan kata lain, "kos tersembunyi" yang anda perlu bayar tanpa disedari. Berikut kami senaraikan 4 kesan sampingan kepada pengguna HTTP Injector.

Kesan 1 >> Sambungan internet yang selalu putus-putusĀ 

Kepada pengguna aplikasi ini, masalah internet yang selalu putus merupakan salah satu perkara yang menjengkelkan kepda penggunanya. Apatah lagi sekiranya anda sedang menjalankan aktiviti yang penting ataupun sedang bermain permainan atas talian seperti DOTA, Mobile lagend dan sebagainya.



Kesan 2>> Merugikan Telco

Kepada anda yang masih belum tahu, menggunakan internet yang "dicuri" atau dengan kata lain internet tanpa kuota secara haram adalah dianggap sebagai mencuri dan boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana anda telah melanggar polisi yang telah dipersetujui.



Kesan 3 >> Risiko kebocoran data peribadi

Dengan menggunakan aplikasi ini, data atau maklumat peribadi anda akan dapat diakses oleh pembekal ataupun "developer" aplikasi tersebut. Sangat merbahaya sekiranya anda selalu membuat trasaksi perbankan atas talian seperti maybank2u, cimbclicks dan lain-lain.



Kesan 4 >> Memberi ruang kepada penggodam untuk menceroboh PC anda.

Sama sahaja dengan kesan diatas, apabila menggunakan HTTP Injector, seolah-olah "your PC is my PC" , jadi faham-faham sahajalah ya.



Sememangnya tiada benda yang percuma didalam dunia ini. Sedangkan hendak membuang air kecil pun perlu dibayar apatah lagi perbuatan khianat, renung-renungkan lah.