4 Fungsi Yang perlu dimatikan pada Peranti Pintar

Tidak semua fungsi peranti pintar "berguna" kepada kita, ada sesetengahnya perlu dimatikan kerana ianya mungkin akan membebankan peranti bahkan ada yang boleh menyebabkan pengurangan jangka hayat bateri.

Berikut antara 4 fungsi yang kami syorkan untuk dimatikan.

1. Bunyi dan getaran peranti



Untuk peranti baru fungsi ini akan diaktifkan secara otomatik, untuk mematikannya anda boleh masuk ke menu berikut

  • Pergi ke Settings > Sounds > Other sounds.

  • Kemudian anda boleh menonaktifkan: dial pad tones, screen locking sounds, touch sound, vibrate on tap dan masih banyak lagi.


Dengan melakukan perkara diatas, anda dapat menjimatkan penggunaan bateri.

2. Getaran pad kekunci



Fungsi yang satu ini juga elok sekiranya dimatikan. kerana adalah tidak perlu getaran pada keypad ketika menaip. Fungsi ini juga hanya membebankan peranti dan bateri.

Cara untuk mematikannya ikuti langkah berikut.

  • Pergi ke Settings > Language & input > Virtual keyboard.

  • Pilihlah keypad yang anda gunakan, misalnya Google Gboard.

  • Selanjutnya di menu Preferences, nonaktifkan Sound on keypress dan Vibrate on keypress.


3. Auto correct



Ini merupakan fungsi yang paling menjengkelkan kepada semua pengguna peranti pintar di Malaysia. Cara untuk mematikannya adalah seperti berikut

 

  • Pergi ke Settings > Language & input > Virtual keyboard.

  • Pilihlah keyboard yang anda gunakan.

  • Pada pengaturan keyboard Android, pilih menu Text correction.

  • Sekarang, matikan fungsi Auto-correction untuk mencegah keyboard mengganti kata secara otomatik.


4. Bloatware yang tidak digunakan.



Tidak dinafikan bahawa Bloatware diantara penyebab kenapa peranti memnjadi lembap dan kehilangan ruangan storan. Untuk menghapuskan applikasi tersebut tidaklah mudah kerana memerlukan anda melakukan proses "Root" terlebih dahulu.

Namun sekiranya bernasib baik terdapat beberapa Bloatware yang dapat di "Disable" kan fungsinya. Cuba sahaja cara berikut.

  • Pergi ke Settings > Apps.

  • Pilih aplikasi yang hendak anda disable, kecuali aplikasi sistem seperti Google service dan yang tidak muncul di app drawer).

  • Pada laman informasi, anda perlu tandakantombol Disable.

  • Anda juga bisa menonaktifkan notifikasi dengan memilih App notifications dan matikan pengaturan.


Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini. Selamat mencuba.