4 Fungsi Lain "Airplane Mode" Yang Perlu Anda Tahu

Kami yakin ramai yang sudah sedia maklum dengan fungsi asas "Airplane Mode". Selain daripada langkah keselamatan ketika dalam penerbangan, berikut antara fungsi lain yang perlu anda tahu berkenaan "Airplane mode".

1.Mengurangkan penggunaan bateri Telefon Pintar.

Anda disyorkan mengaktifkan mod ini ketika bateri telefon anda berada dibwah 20%. Bateri anda akan dikurangkan pengunaannya sehingga hampir 2 kali ganda.



2.Memendekkan tempoh pengecasan bateri.

Dengan mengaktifkan mod ini, kesemua sambungan yang melibatkan internet, wifi, lokasi akan dihentikan. Seolah-olah peranti anda berada dalam keadaan hibernasi. Maka proses mengecas akan berlaku dengan lebih pantas.



3.Membatalkan penghantaran mesej

Fungsi ini sangat penting. Bayangkan sekiranya anda tersilap menghantar mesej ataupun media yang berstatus sulit, jangan panik, aktifkan dengan segera mod "Airplane" maka mesej tersebut akan dibatalkan penghantarannya.



4.Menguatkan sambungan internet

Sekiranya anda mengalami masalah sambungan internet tidak stabil, cuba "refresh" sambungan internet dengan cara mengaktifkan mod "airplane" selama 10 saat, kemudian "off" kan kembali mod tersebut. Dengan berbuat demikian sambungan internet anda akan kembali pulih dan laju



Semoga bermanfaat, Jangan lupa kongsikan ya.